Friday, January 10, 2014

Tahun Melawat Malaysia 2014 - Labuan -> Kota Kinabalu -> Kuching

1 Januari 2014

Perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu dengan menaiki Labuan Express  2... Tambang masih RM17 (asal RM34 selepas diskaun 50%).... Tempoh perjalanan 3 jam...

Pemandangan KK dari dalam ferry express
Selamat datang ke Jesselton Point



Pada sebelah petangnya pula... mencari makan malam di Gayang Seafood Restaurant... Perjalanan dari Kota Kinabalu ke sini mengambil masa kira-kira 25minit dengan kesesakan jalan raya paling minima... 


Udang rebus cicah sambal

ABC 

Tuaran Mee Goreng Campur

Ketam Telur Masin

2 Januari 2014

Bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Terminal 2. 


Flight berlepas pada jam 8 pagi dan mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit untuk sampai ke Lapangan Terbang Kuching... 

Peta Sarawak

Sempat minta sekeping peta Sarawak dari Kaunter Pelancongan di Lapangan Terbang... Seterusnya mengambil teksi... Oleh kerana masa masih awal tiba di Kuching... Singgah ke salah sebuah mall yang baru dibuka... City One Megamall... Tambang teksi dari Lapangan Terbang ke sini berharga RM26.00.

Setelah puas berpusing dari tingkat atas sampailah ke bawah... Terasa lapar pula... Masuk ke dalam food court mall... Banyak variasi makanan yang boleh didapati dalam food court tersebut... Sempat juga mengisi dahaga dengan membeli minuman di CHATIME... Lepas itu barulah ambil teksi dari mall ke hotel (tambang RM20).

Lobi Tune Hotel
Hotel hanya boleh check in selepas jam 2... Kami pilih untuk stay di TUNE HOTEL... 3 hari 2 mlm bilik double (dengan towel & air cond 24jam) = RM118... Share dua orang... Sorang hanya bayar RM59 sahaja... Kira berbaloilah... Lagipun datang mahu berjalan... 

Hilton Hotel yang terletak berdepan dengan Tune Hotels

Semasa tunggu lif untuk naik ke bilik di Tingkat 1, kami terlihat satu iklan promosi yang menyatakan bahawa guest Tune Hotel boleh mendapat diskaun 50% menaiki Sarawak River Cruise dekat Waterfont. Sementara menunggu hujan reda... Lepak-lepak rehat di bilik... 
Bot penambang

Apabila hujan agak reda... kami meneruskan langkah ke Sarawak Plaza... 8 minit perjalanan dari hotel... Selepas itu baru sambung menyeberang sungai dengan menaiki bot penambang (RM0.50 sehala) ke seberang... Salah satu nama kampung terdekat di seberang ialah Kg Gersik...

Dayang Salhah Kek Lapis

Tester Kek-Kek Lapis

Test punya test... Kami telah membeli 2 kotak Kek Lapis... Kira-kira 20 biji... Kami meminta agar kek tersebut dihantar ke hotel kami pada hari terakhir... Dan perkhidmatan adalah disediakan... 
Sarawak River Cruise
Tiket River Cruise
Hidangan Kek Lapis di atas Cruise

Masa menunjukkan hampir jam 5 petang... Kami bergegas balik ke seberang  untuk ke kaunter tiket River Cruise membeli tiket... Masa bertolak adalah jam 5.30 petang dan berakhir pada jam 7mlm (1 jam 30 minit) perjalanan menyelusuri sungai... Cruise ini boleh mempunyai kapasiti muatan seramai 180 orang yang mempunya deck atas open air dan deck bawah (air cond)... 

Pada 30 minit terakhir... semua penumpang cruise turut dihiburkan dengan persembahan mini tarian etnik Sarawak... 

Sunset


3 Januari 2014

Bangun seawal jam 5.30 pagi... bersiap untuk ke Bako National Park... Bus pertama dari Bandaraya Kuching ke Kg Bako adalah pada pukul 7 pagi... Bus stop untuk mendapatkan bus ke Kg Bako hanya jarak berjalan kaki 3 minit dari hotel... Bustop terletak di McDonald depan Waterfront... Bus ke Kg Bako berwarna Merah... Tambang seorang RM3.50 dan mengambil masa 45minit hingga 1 jam untuk sampai ke Kg Bako... 


Sampai sahaja di Kg Bako, kami terus ke kaunter untuk membuat pendaftaran pergi ke Bako National Park... Untuk warganegara RM10 seorang... Seterusnya daftar pula untuk perkhidmatan bot... RM94 return bagi satu bot yang boleh membawa maksimum 4 orang...

Sign AWAS ada Buaya
Nampak macam kepala ikan kan?
Menaiki bot kira-kira 20minit akhir kami mendekati Bako National Park... Oleh kerana air mula surut... Kami terpaksa membuka kasut dan menggulung seluar untuk turun dari bot... Confirm basah... Sebelum meninggalkan bot, janji dengan pakcik bot supaya datang jemput kami jam 2.30ptg...

Unik hakisan batu yang terjadi
Lalu ke kaunter pendaftaran Bako National Park
Bergambar-gambar di tepi pantai sebelum kami masuk ke kaunter pendaftaran... Selepas itu, makan breakfast dulu... Harga makan di cafe tidaklah mahal dan berbaloi... 


Kami difahamkan keseluruhan Bako National Park ini mempunya sebanyak 18 trails... Oleh kerana kami day trip maka kami pilih trail yang paling dekat dan senang iaitu Paku Trail (800meter naik turun bukit) tempoh masa 1 jam. Laluan agak sempit dan licin... 

Pepohon Pokok Bakau
Bentuk batuan yang terhasil oleh hakisan

Since air surut, kami menyusuri tebing pantai untuk balik ke tempat permulaan trail... sambil-sambil melihat keadaan sekeliling... Tapi panas pula... Sempat jugalah ken sunburn... Tengah berjalan tu, last2 buka kasut jua sebab sudah basah... 

Babi hutan di tepi pantai

Akhirnya kami sampai semua di kaunter pendaftar kira2 jam 11 pagi... Terasa lapar terus makan tengahari... Makan lagi... hehehe... Sebab di awal tadi kami janji dengan pakcik bot jam 2.30... Kami cuba hubungi beliau untuk ambil kami jam 1.30ptg... Jam 1 kami sudah tunggu di tepi pantai... Ada sudah pakcik bot... Kami pun naik dan kenakan jaket keselamatan... bot masi tidak boleh bertolak sebab air baru pasang... Cepat betul air naik... Bot hanya bergerak sekitar 1.45ptg... Beberapa kali kami tersekat di tengah laut sebab air pasang masih cetek...  

Dekat jam 2.30ptg kami sampai di terminal... kami terus mengambil balik ke Kuching... Sempat tertidur-tidur dalam bas semasa perjalanan.

Bas yang membawa kami ke Kg Bako

Kami tiba di bandar Kuching kira-kira jam 3.45ptg... Terus balik bilik hotel mandi dan berehat... Sekitar jam 5.30petang kami menikmati makan malam di Restoren RJ Ayam Bakar (tidak jauh dari Sarawak Plaza).

Nasi Ayam Bakar
Tempe & Tauhu 
Pisang Goreng Cheese

Pada sebelah malamnya... tiba-tiba perut masih terasa lapar sebab dinner awal petang tadi... Kami membuat keputusan untuk mencari seafood do TOPSPOT... 10minit berjalan kaki dari Tune Hotel... TOPSPOT terletak berdepan dengan bangunan Lembaga Hasil Kuching... 

TOPSPOT 
Curry Bamboo Shell

Sea Cucumber Soup

4 Januari 2014

Hari terakhir di Kuching... Lebih kepada aktiviti bebas... Bangun pagi terus keluar mencari sarapan... Sempat berjalan sekitar ATAP Street (Mcm China Town) dan Indian Street. 

Inilah sarapan kami... 

Kon Lo Mee (RM3.50)
Rojak Tambi (RM4.00)
Laksa Sarawak (RM3.50)

Lepas sarapan... Kami balik ke hotel... packing untuk check out... Kami simpan barang di tune hotel (ada charge RM2 untuk semua beg kami)... tak kisahlah... Time check out, nampak kek lapis yang dibeli dari Kek Lapis Dayang Salhah pun sudah diterima oleh kaunter hotel... 

Ini pula makan tengahari kami...

Rojak Ayam
Laksa Sarawak lagi...
Kon Lo Mee
Sup Sapi
Prata Roll

Makan lagi!!! Untuk minum petang pula... 

Rojak Buah
Cucur bebola & udang
Kacang Cendol



Setelah selesai semua urusan makan... Kami singgah sekali lagi di Plaza Merdeka... ketika on the way balik ke hotel kami singgah sebentar di kedai-kedai menjual souviner di depan waterfront... Sempat juga beli 6 biji kek lapis untuk diri sendiri... 

Lebih kurang jam 6ptg sampai di lobi hotel... minta kaunter hotel call teksi... RM30 charge to airport... tapi ok lah tu share among 3 orang...



Flight bertolak tepat jam 8.30mlm balik ke Kota Kinabalu... Bye bye Kuching... 








2 comments:

  1. Nice one. Keep it up...may visit my blog as well at
    http://theibankid.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Nice. Next time cover Wisma Satok please!

    ReplyDelete