Thursday, November 24, 2016

Labuan, Brunei, Sarawak dan Kalimantan - Perjalanan darat bermula dari Brunei

24 November 2016

 
Memulakan perjalanan dari Terminal Feri Antarabangsa Labuan. 

 

 

Menaikan feri express Sri Labuan 3 terus ke Brunei. Feri bertolak tepat jam 9.00am dan tiba di Terminal feri Serasa sekitar jam 10.30am.


Penumpang tidak ramai, barisan di kaunter imigresen juga cepat. 
 
Keluar dari terminal Serasa, jalan terus ada suda bus ke Bandar Seri Begawan (BSB) sedang menunggu penumpang.

Tambang BND2.00 untuk sampai ke BSB yang berjarak kira-kira 24KM.

Tiba di terminal bus sekitar 11.30am.

 

Tidak jauh dari terminal bus BSB, ada bus express ke Miri sedang parking. Tepat di tepi jalan waterfront BSB.

Tambang walk in bas ke Miri ialah BND20. Kalau dikira murah daripada book online yang melibatkan cas pengurusan.
 
Tiada masalah untuk walk in dapatkan bus sebab, hari biasa tidak ramai penumpang ke Miri. 

Sunday, July 17, 2016

Perth - Adelaide - Melbourne (Perjalanan Solo)


21/5/2016



Mendarat di Perth International Airport jam 5.35am.

Urusan imigresen adalah cepat kerana menggunakan smartgate. Passport kita tidak akan dicop dan semua adalah secara elektronik.


Sebaik sahaja keluar dari airport terasa cuaca sangat sejuk diiringi dengan hujan lebat.
Seperti yang telah dirancang, saya mengambil bus d luar terminal untuk pergi ke hostel yang telah ditempah awal. Google maps banyak membantu saya dalam memberikan cadangan bus yang perlu diambil untuk sampai ke hostel.

Dua kali tertukar saya dapat sampai di hostel sekitar jam 7.30am. Jumlah tambang AUD6.60. Masih murah jika dibandingkan mengambil teksi.

Sebaik saja tiba di hostel, kaunter hostel hanya dibuka pada jam 8am. Daripada melayan kesejukan di luar hostel, saya akhirnya memilih untuk sarapan di sebuah cafe berdekatan hostel. Sekali tengok harga menu, wow boleh tahan harga. Saya akhirnya memilih menu telur separuh masak dengan sayur2 campur dan roti. Harga AUD20 (~ RM60). Makan ja lah walaupun harga. Lapar...

Hujan masih berterusan dan memang ramalan cuaca menjangka hujan akan turun seharian. Sekitar jam 8 lebih sya berjaya masuk hostel. Dapat numb bilik tetapi hanya sedia sekitar tengahari. Kerana hujan, saya lepak seorang di ruang tamu hotel sambil baring2 untuk mehilangkan rasa penat.

Hujan di luar terus diiringi dengan tiupab angin yg kencang. Dengan cuaca begitu memang saya tiada rasa mahu keluar.

Katil saya telah sedia sekitar jam 11, dapat bilik dorm berkongsi dengan 6 orang. Masuk ja bilik, terus baring sementara mengharap hujan akan reda dan bolehlah keluar jalan. Target hari ini hanya pergi ke Fremantle.

Jam 12 lebih, walaupun hujan renyai2, saya teruskan niat keluar. Jalan2 di sekitar bandar sambil menuju ke stesen keretapi untuk ke Fremantle.

Di salah sebuah kedai di stesen, saya membeli kad transperth di mana kad ini boleh digunakan ke mana2 menggunakan bus dan tren. Sata beli kad tersebut dengan harga AUD20 di mana harga kad AUD10 dan nilai tambah AUD10. Harga kad  akan dikembalikan daam bentuk diskaun perjalanan sebanyak 15%.

Dengan adanya kad transperth senang sikit bergerak. Yang penting tab in and tab out. Harga lokasi adalah mengikut zone.

Sampai sahaja Fremantle, saya jalan ikut suka hati sahaja. Akhirnya jumpa juga pasar Fremantle. Semua ada di sana, souvenir, makanan termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.

Saya juga sempat pergi ke Penjara Fremantle tapi setakat pintu utama ja sebab malas ambil tour melawat. Beberapa kali sya tersekat di pasar untuk pergi ke penjara tersebut kerana hujan.

Semakin petang semakin kencang angin dan sejuk. Saya tetap gagahi tanpa ada sebarang baju sejuk. Hanya dengan t shirt lengan pendek dan seluar panjang.

Hampir petang, saya mengambil tren dan balik ke bandar. Jarak tren di bandar dengan hostel sya adalah 1.2KM. Dalam perjalanan balik saya sempat singgah ke kedai-kedai groceri mencari makanan. Untuk makan malam ini saya hanya berbekalan buh pisang dengan air minuman.

Bandar Perth adaah lengang selepas jam jam 5petang. Tambahan pula pada musim sejuk, jam 5.15pm dah matahari terbenam.

Dalam kesejukan mandi malam dan makan pisang berserta air. Saya pun berehat awal sambil memikiran aktiviti esok.

Oleh kerana ramalan cuaca utk esok adalah cerah, saya sememangnya bercadang untuk menyewa kereta dan pergi keluar dari bandar Perth.

Tempat wajib dilawat ialah the pinnacle desert yang terletak di Nambung national park, jarak kira-kira 200KM dari bandar.

22/5/2016


Bangun jam 6am telah menjadi rutin harian saya. Saya bersiap lebih awal dan meneruskan rancangan asal untuk menyewa kereta. Jam 7.20 saya berjalan menggunakan peta google untuk sampai ke pejabat sewa kereta hertz. Berjalan secara santai sejauh 1.4KM dari hostel ke pejabat hertz. Pejabat hertz hanya dibuka jam 8ampada hari ahad manakala hari-hari lain adalah jam 7am.

Selepas pejabat hertz dibuka, saya kiranya pelanggan walk in yang pertama masuk. Bincang punya bincang saya dapat sewa sebuah kereta hyundai. Kos boleh tahan juga AUD106. Tapi ambil sajalah. Lagipun klu dibandingkan dengan pakej tour yang ditawarkan oleh agen pelancong yang berhagr sekitar AUD155-199. Masih berbaloi untuk sewa kereta tetapi kena kental memandu saja. Selesai urusan pendaftaran sekitar 10minit. Sya diberikan kunci kereta.

Oh ya cerita semula tentang harga sewa AUD106 telah termasuk jaminan insurans sepenuhnya bagi kemalangan dan kecurian serta pemandu dan pihak ketiga. Bila nilai balik, berbaloi!!! Pada pendapat peribadi saya, saya rasakan memandu sendiri adalah lebih baik dan masa kita adalah fleksibel untuk mahu singgah di mana-mana tanpa perlu terikat dengan jadual agen pelancong.

Pemanduan bermula, google map adalah pembantu yang paling setia. Hentian yang pertama ialah Yancheep National Park selepas perjalanan sejauh 60KM. Ketika memandu masuk ke Yancheep national park, pertama kali dengan mata kasar nampak kangaroo. Siap melintas di jalan raya lagi. Bayaran masuk ke dalam national park adalah AUD12. Yuran inilah sekali bayar dan boleh guna untuk masuk ke national park yang lain. Syukur masih murah.

Menarik di Yancheep, ada laluan trail masuk ke taman. Selain banyak terdepat kangaroo di dalam taman ini di samping berung koala.

Memandu dan berlegar2 di taman ini selama dalam 45minit barulah saya menyambung perjalanan asal saya.

Dalam meneruskan perjalanan, terasa perut makin lapar pula sebab sarapan pun pisang saja. Kebetulan di tepi jalan nampk ada papan tanda fish & chip at seabird. Saya pun mengambil keputusan untuk singgah ke sana. Lagipun teringat kata kawan yang pernah melawat ke Pertg, wajib cuba fish & chips nya. Seabird restoren terletak sejauh 8km dari simpang jalan utama. Restoren ini terletak di atas bukit dan menghadap Lautan Indian.

Seperti biasa di tepi laut, tiupan angin adalah kencang dan sejuk walaupun matahari menyinar. Selepas sampai, saya terus saja order fish & chips. Harga AUD22 (RM66), walaupun nampak mahal tapi harap2 berbaloi.

Saya memilih untuk duduk di satu/satunya meja luar di bawah sinar matahari. Sambil menikmati deruan angin dari laut dan udara yang segar, makanan kini dihidangkan. Dari prentasinya sudah memberi gambaran ianya sedap. Snap dulu beberapa keping gambar, post d FB. Kini saya menikmati hidangan fish & chips dengan penuh selera. Walaupun bayaran mahal selepas pertukaran ke dalam Ringgit, tetapi dengan keenakan ikan segar yng digunakan telah menutup segala-galanya. Saya bagi 5 bintang untuk hidangan ini.

Sudah kenyang, the pinnacle desert adalah destinasi utama. Memandu lagi selama 1jam20minit. Akhirnya nampak sudah papan tanda The Pinnacle Desert 3.5KM yang menandakan simpang pinnacle suda semakin dekat. Perasan tidak sabar itu semakin menguasi diri.

Sampai di gate bayaran yuran masuk, saya hanya menunjukkan ticket bayaran dari Yancheep, saya dibenarkan masuk terus dan mencari parking. Turun dari kereta, masuk ke pusat informasi the pinnacle sebentar dan beli air minuman sebagai penghilang haus tekak. Jangan terkejut satu botol air 1.5liter berharga AUD4.50 (RM13.50), itu memang harga air minuman di sini.

Abis teguk air, saya memulakan langkah masuk ke dalam pinnacle desert. Berjalan kaki sekitar 1-2KM untuk melihat sendiri keunikan ribuan tunggul-tunggul batu yang berdiri gah. Ada yang tinggi, rendah, besar, bulat dan sebagainya. Sangat mengujahkan!!

Mulalah segala sesi fotografi dari selfie sampailah ke foto pemandangan. Saya meluangkan masa yang agak lama untuk menikmati segala keunikan muka bumi yang ada di sini. Lagipun memandu sendiri, bila-bila masa boleh bergerak balik.

Cuaca adalah cerah hampir sepanjangan hari, matahari terus menyinar, angin sejuk bertiup secara berterusan. Ketika berjalan balik ke tempat letak kereta, saya mendapati banyak kereta yang masuk ke dalam kawasan pinnacle untuk membuat pinnacle drive. Sebaik sahaja saya sampai di tempat letak kereta, saya menghidupkan enjin, saya pun mahu pinnacle drive. Memandu masuk sexara berhati-hati mengikut trek yang disediakan. Pinnacle drive memberi satu lagi pengalaman baru di mana memandu di dalam padang pasir. Jarak perjalanan ada sekitar 3-4KM. Sempat juga rakan sedikit video pinnacle drive.

Puas hati dengan keindahan pinnacle. Saya akhirnya keluar dari national park ini. Memandangan masa baru jm 3pm. Saya menyambung perjalanan 16KM ke pantai Cervantes. Kali ini membuat singgah ke pantai Cervantes tujuan untuk melihat lautan india secara dekat. Sambil santai2 di tepi pantai dengan pasir pantai putih. Tiupan angin laut sungguh mengasyikkan.

Habis relax-relax di pantai. Saya meneruskan perjalanan balik. Ini antara yang saya sempat singgah:
- pantai lancelin
- mobile dune (bukit pasir yang terhasil oleh perpindahan pasir laut akibat tiupan angin
- minegarra
- woodridge untuk gmbr sunset

Saya sampai ke hostel sekitar jm 7.30pm. Keseluruhan jarak perjalanan hari ini adalah dalam 480KM.

Sampai bilik, mandi dan rehat. Macam dinner malam ini pisang saja.


23/5/2016


Seperti biasa, jam 6am mata sudah galak. Bersiap awal dan target hari ini ialah memburu sunrise. Lokasi pilihan adalah king park. Memandangkan saya kena hantar balik kereta dalam jam 8am, inilah satu-satunya masa saya boleh memburu sunrise. Sekitar 6.30am saya suda memandu ke king park, kebetulan sampai di satu lokasi anjung tinjau bandar Perth dari atas. Maka dengan itu, ini spot sata menanti sunrise. Nasib sungguh menyebelahi saya, sunrise hari ini sangat cantik. Sunrise indah dengan formasi awan yang cantik dan matahari terbit di balik bangunan2 bandar Perth. Biasan cahaya cukup menwarnai langit pagi ini.

Walaupun cuaca pagi itu sejuk, saya tetap gagah untuk berdiri lama di anjung tinjau king park menanti matahari terbit sepenuhnya.

Tepat jam 8am saya suda memulangkan kereta sewa kepada hertz. Seterusnya misi hari ini jalan2 sekitar elizabeth quay.

Tapi sebelum itu saya sempat berjalan2 lalu di lokasi bangunan2 pusat perniagaan Perth. Sempat bersarapan pai daging keju di cafe dalam bangunan pusut perniagaan.

Setelah perut diisi, sambung lagi berjalan sampailah ke terminal jetty di Elizabeth Quay. Mau naik ferry untuk ke South Perth yang terletak di seberang. Jarak perjalanan feri adalah sekitar 8minit sahaja. Hanya santai2 di South park sehinggalah tengahari baru balik ke hostel.

Setelah rehat, pada sebelah petang pula menghabiskan langkah2 kaki di sekitar northbridge sambil mencari makan malam. Pusing punya pusing, akhirnya sama memilih untuk makan di subway. Harga promo foot long AUD7 dengan air cola AUD2.40. Sangat kenyang makan footlong sorang.

Untuk melegakan perut, sambung jalan sekitarnya sebelum balik hostel.

24/5/2016


Hari terakhir di Perth. Destinasi seterusnya adalah Adelaide. Sya memilih untuk terbang ke Adelaide yang juga dikenali sebagai South Australia. 2 hari sebelumnya saya telah membeli tickat Jetstar ke Adelaide dengan harga sekitar AUD159. Penerbangan saya adalah jam 5.40pm.

Masa check out hostel adalah jam 10am. Sempat saya makan breakfast yang disediakan oleh pihak hostel. Selepas itu bersiap dan berkemas untuk check out.

Memandangankan masih banyak masa terluang sebelum naik flight petang. Saya memilih untuk pergi ke swan valley di mana tempat ini terkenal dengan penanaman anggur dan pembuatan wine.

Sebaik saja check out, saya berjalan terus ke tren station mengambil tren laku guilford untuk ke Swan Valley. Sampai sahaja di stesen swan valley, kena berjalan kaki lagi 750meter untuk sampai ke swan valley information center. Di sana saya dapat maklumat tentang tempat-tempat menarik di swan valley. Fuh terkejut pegawai itu memberitahu bahawa lokasi yang boleh wine testing dan coklat testing adalah 5KM dari sini. Pegawai tersebut bertanyakan samada saya mahu berjalan kaki atau perlu bantuan teksi. Saya hanya selamba menjawab, saya cuba jalan perlahan-lahan.

Keluar dari pusat infomasi, saja terus berjalan santai. Pertama sya jumpa jambatan menyebarang sungai swan. Sempat juga lepak2 di tepi sungai tersebut sebelum meneruskan perjalanan. Masa di pusat infomasi, saya difahamkan ladang-ladang anggur tiada suda buah sebab masuk musim sejuk. Ada sedikit kecewa di hati jua masa tu tapi tetap mau cuba nasib klu masi ada sisa-sisa pokok anggur di ladang yang boleh ditengok. Seteah berjalan hampir 1KM, kelihatan satu ladang  yang ada batas pokok-pokok anggur, masa itu berharap dapatlah masuk ke ladang bergmbr pun jadilah.

Oleh kerana ladang tersebut tidak berpagar sepenuhnya, saya dapat peluang masuk ke ladang tersebut dan bergambar. Nyatanya masih ada bunch anggur yang tinggal. Sempat melihat sendiri batas-batas pokok anggur yang ditanam rapi.
Sudahlah saya masuk ladang tanpa kebenaran, tapi peluang ini tidak dilepaskan untuk berselfie sama buah anggur yang masih segar di pokok.

Puas hati dapat suda masuk ladang anggr, saya tidak meneruskan baki jalan 4KM. Lagipun takut lewat sampat ke airport, saya pun berpatah balik.

Rupanya swan valley suda tidak jauh dengan lapangan terbang. Berdasarkan google maps, sya hanya menaiki bus sekali untuk smp ke simpang lapangan terbang. Dari situ sya boleh pilih untuk naik satu lagi bus atau berjalan kaki. Kalau berjalan kaki adalah sejauh 2KM. Memandangkan masa masih banyak, saya pilih berjalan kaki sahaja, lagipun cuaca cerah dan mengizinkan.

Saya sampai airport awal dalam 3jam. Kiranya lega dan tidak terburu-burunyakut kelambatan nanti. Santai2 di airport sambil online. Penerbangan saya petang itu ke Adelaide ada sedikit kelewatan dalam 40minit.

Flite berlepas jam 6.30pm dan mengambil masa 2jam 40min untuk sampai. Tiba d Adelaide jam 10.10pm (perbezaan zon waktu +1jam 30min). Saya terus ke kaunter infomasi untuk mendapatkan maklumat bus untuk ke bandar.

Kebetulan dalam masa 3 minit akan ada bus bertolak. Kelam kabut saya lari ke stesen bus untuk sampai ke hostel.

Saya tinggal di Hostel 109 dengan bilik berkongsi bersama 3 orang yang lain.


25/5/2016


Bangun pagi seperti biasa tetapi hujan telah turun lebih awal sejak subuh dan dijangka berterusan sepanjang hari ini.

Namum jam 10am sya gagahi niat untuk berjalan di sekitar bandar sahaja. Lokasi pertama yang hendak dituju ialab Rundle mall. Di sana terletaknya banyak kedai untuk membeli belah, niat sekadar cuci mata.

Saya sekali lagi berpandukan google maps untuk sampai ke sana. Dalam perjalanan, banyak jua sya lalu kafe-kafe makan dan akhirnya sya memilih untuk mkn bfast d sini. Pilih punya pilih, sya orde chicken bun dengan harga AUD6.90. Sedap rasany, mungkin kerana sya lapar kerana tiada dinner smlm.

Selesai isi perut, rundle mall tidak lagi jauh dari sini. Pusing-pusing cuci mata dlm satu jam. Sempat sya bertanya kepada pegawai infomasi yang bertugas di tepi mall untuk mendapat maklumat di mana pusat terdekat untuk membeli metro card Adelaide.

Menurut bacaan awal dr internet, pelawat boleh membeli pass 3 hari di mana boleh digunakan untuk menaiki tram dan bus. 

Sampai di pejabat metro, sya telah membeli kad metro bersama dengan isian pass 3 hari dengan harga AUD25.60. Selepas ini bolehlah sya naik tram atau bus sesuka hati.

Dengan adanya kad metro, lokasi seterusnya ialah pergi ke Glenelg. Sya menaiki tran dari rundle dan berhenti di moseley square yang terletak di hentian paling akhir sekali.

Walaupun sejuk dan hujan renyai turun, tetap giat berjalan di jetty dan pantai Glenelg.


Bersambung...