Sunday, February 16, 2014

Langkawi (2hari 1malam) - 18 September 2013

18 September 2013

Penerbangan 1jam 5minit AK6312 dari Kuala Lumpur membawa saya sampai ke Pulau Langkawi buat kali pertama. 



Langkawi Airport

Selesai semua urusan ketibaan, saya menghubungi saudara Hannan untuk mendapatkan kereta sewa yang ditempah lebih awal. Saya menempah sebuah myvi (auto) dengan bayaran RM80 satu hari. Bayaran penuh dibuat dan Hannan memberikan sedikit info untuk mengisi petrol di stesen terdekat. 

First time drive Myvi
Isi petrol RM30

Saya juga telah membuat tempahan penginapan lebih awal melalui booking.com di Island Time Motel yang terletak di Pekan Rabu Kuah. Jarak 13KM dari Airport. Dengan bayaran RM40 satu malam, kondisi bilik sangat memuaskan dari segi kebersihan dan keselesaan.

Standard Room
Island Time Motel


Beras Terbakar (kira-kira 1.5KM dari Langkawi Airport)

Gerbang masuk ke beras terbakar
Banyak gerai souvenir di sini




Taman Lagenda (850Meter dari Pekan Rabu)





Dataran Lang (Bersebelahan dengan Taman Lagenda)


Banyak souvenir dijual di sini





Selain itu, saya juga sempat pandu lalu Pantai Cenang yang terletak 20KM jaraknya dari Pekan Kuah. 

Exit Pantai Cenang


19 September 2013

Seawal pagi check out untuk pergi ke beberapa tempat menarik termasuk Langkawi Cable Car dan Telaga Tujuh. Di pertengahan jalan, berhenti seketika di Pemandangan Indah. Di sini, saya dapat melihat pemandangan Airport Langkawi dari atas bukit kecil.

Airport Langkawi
Taman Mini di Pemandangan Indah
Lorong naik ke taman

Ini yang sempat dicapture masa driving menuju ke Langkawi Cable Car





Oriental Village

Terletak 20KM dari Pekan Kuah.


Pelan Oriental Village


Itu dia tempat yang dituju masa naik cable car

Taman di Oriental Village





Langkawi Sky Cab

Sky Cab ini terletak di dalam Oriental Village.

Kaunter dibuka jam 10pagi
Tunjuk MyKad bayar RM15 untuk seorang dewasa

Dalam Cable Car
Fresh Air
Stesen Cable Car berlepas

Pemandangan Air Terjun Telaga Tujuh
dari atas cable car 
Hentian Pertama
Ini dia Sky Bridge Langkawi
Hentian terakhir cable car





Telaga Tujuh

Telaga Tujuh terletak tidak jauh dari Langkawi Cable Car dengan jarak 1.5KM. 

Peta Sekitar Telaga Tujuh

Menaiki jumlah 638 anak tangga
untuk sampai ke Telaga Tujuh

Walaupun berpeluh habis naik 638 anak tangga untuk sampai ke sini, tapi semuanya berbaloi kerana dapat menikmati satu suasana yang tenang dan nyaman untuk merehatkan diri. 
 
Inilah Telaga Tujuh


Ketika turun dari atas Telaga Tujuh, saya juga sempat singgah ke air terjun Telaga Tujuh. 




Jauh 20KM dari Telaga Tujuh, di situlah letaknya Datai Bay. Sempat memandu sampai ke The Datai. 



Dari Datai Bay, lokasi terakhir yang saya kunjungi ialah Kota Mahsuri. Hanya berlegar-legar di luar Kota ini sebelum berhenti di Airport Langkawi. 



Seperti biasa, Airasia AK6315 membawa saya terbang balik ke Kuala Lumpur sekitar jam 8.20mlm.