Tuesday, January 28, 2014

Labuan -> Kota Kinabalu -> Johor -> Singapore -> Kuala Lumpur -> Kota Kinabalu -> Labuan

16 January 2014

Saya memulakan perjalanan dari Pulau Labuan ke Kota Kinabalu dengan menaiki feri Labuan Express 3. Rasanya seat dalam feri ini adalah design baru. Tepat jam 1ptg feri bertolak dari Terminal Antarabangsa Labuan. Sepanjang perjalanan, laut memang berombak. Duduk hampir di belakang feri akan merasa lebih selesa dan boleh mengelakkan rasa mabuk laut.

Seat dalam Fery Express
Sekitar jam 4.10ptg, feri tiba di Jesselton Point, cuaca petang ini cerah dan agak panas walaupun sedikit berawan (maklumlah hari-hari sebelumnya hujan terus).

Perkara pertama sampai di KK, singgah terus ke Wisma Merdeka, tukar duit Singapore (pertukaran semasa RM2.605 bagi setiap SGD1.00). Ramai yang memberikan info bahawa di Wisma Merdeka boleh dapat rate exchange yang lebih murah berbanding tempat lain.

Dinner di Upperstar, order meal macam biasa "Curry Chicken". Lepas kenyang makan dan borak-borak sama kawan terus minta kawan antar ke KKIA Terminal 2. Flight ke Johor bertolak 9.10mlm dan mendarat pada 11.15mlm di Senai International Airport. 

Airasia - Now Everyone Can Fly
On Board Meal
Beef Stew
Di Johor, saya telah memilih untuk menginap di Tune Hotels Danga Bay. Kos adalah kira-kira RM120 utk 2 malam. Tapi yang mahal ialah tambang teksi dari Senai airport ke sana RM44. Keadaan trafik malam itu di sekitar Johor lancar dan dalam tempoh masa 20 minit sampai sudah ke Tune Hotels. 

Tune Hotels, Danga Bay
Bilik Tune Hotels, Danga Bay
Pengurusan check ini sangat cepat, tak sampai 5 minit dapat set towel dan kad bilik berserta dengan voucher bus ke Universal Studio Singapore pada keesokan harinya. Masuk bilik terus mandi dan turun sambung jalan-jalan sekitar kawasan Tune Hotels. Terdapat 7Eleven di sebelah pintu tepi Tune Hotels, kalau lapar lagi bolehlah beli maggi dan makanan ringan di sana. Tengah-tengah malam hanya ada dua buah kedai yang masih beroperasi di sekitar blok-blok kedai di luar kawasan Tune Hotels iaitu sebuah kedai runcit dan pusat karaoke yang diberi nama "suara ok".

Selepas round-round sekitar 15minit, balik bilik terus tidur kerana esok mahu berjalan jauh ke Singapore pula.


17 January 2014

Awal dah bangun bersiap, jam 7pgi sudah terpacak depan pintu masuk pejabat odessey untuk redeem tiket bus ke Resort World Sentosa. Semasa redeem, pihak odessey turut sertakan borang IMI yang perlu diisi untuk tujuan kemasukan ke Singapure. Tiket bus ini telah ditempah awal di bawah Tune add on semasa membuat penempahan bilik.

Sepatutnya bas bertolak jam 7.30pg dari Danga Bay. Oleh kerana masalah pengurusan atau mungkin bilangan penumpang yang ramai perlu dikendalikan, maka bas hanya bertolak pada jam 8.20pg. Tune juga menyediakan add on pakej ke Legoland. Ketika menaiki bus, pengunjung yang merokok diingatkan untuk tidak membawa lebih daripada 18 batang rokok seorang kerana setiap batang rokok tambahan akan didenda SGD300 oleh kerajaan Singapore. Oleh kerana Singapore banyak mengenakan denda atas kesalahan seperti meludah dan mengunyah gula-gula getah, Singapore sering kali digelar “Singapore is a fine city”.

Bas mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit untuk sampai ke Sentosa. Ini disebabkan hari ini adalah hari Jumaat (cuti hujung minggu dan kebetulan Thaipussam) di Johor, maka ramai orang masuk berjalan-jalan ke Singapore.

Mendekati Pulau Sentosa
Selepas turun dari bas, saya terus mencari tangga naik ke pintu masuk ke Universal Studio Singapore (USS). Ini adalah kali kedua saya masuk ke USS. Masuk sahaja ke USS, berbaris untuk Transformer Ride, saya berbaris kira-kira 1jam untuk mendapat giliran menaiki ride ini. Masa menunggu yang lama kerana berlaku masalah teknikal. Transformer Ride adalah antara permainan yang menjadi tarikan ramai. Walaupun berbaris panjang mencecah 1 jam masa menunggu, namun pengunjung menanti dengan penuh kesabaran. Turun dari ride, saya mencuba rollercoaster The Mummy cukup mencabar. Hanya sesuai kepada mereka yang berani dan tidak gayat. Antara lain yang menarik di USS yang berjaya mencuri tumpuan adalah Monster Rock show, The Shrek 4D Adventure, Light Camera and Action (merasa macamana berada dalam suasana ribut taufan) dan Water World.

Pengunjung juga berpeluang untuk bergambar bersama karaktor Transformer (Optimus Prime & Bumble Bee), Sesame Street, Betty Boop (Hollywood – The Walk Fame) serta orang tinggi dalam The Mummy.

Gambar-gambar di sekitar Universal Studio Singapore






 




 











Menjelang tengahari, perut mula lapar (ya lah, breakfast pun makan bun gardenia ja ni) saya pun berbaris di salah satu kiosk menjual makanan, saya order fish and chip SGD9.80 dengan coke besar dalam SGD3.50. Biasalah harga dalam theme park. Kenyang juga bah makan. 

Saya keluar dari USS dalam jam 4ptg. Round kejap sekitar Sentosa, sempat pergi ke Hard Rock Cafe Sentosa, ingat mo cari charm hard rock tapi tiada pula jual di sini. Saya sempat mengambil beberapa photo replika Merlion dengan big SENTOSA. 



Saya membuat keputusan untuk tidak menaiki bas Tune Hotels balik ke Johor. Saya teruskan dengan menaiki monorail ke Vivo City. Monorail dari Sentosa ke Vivo City free tanpa perlu beli tiket tetapi jika pilih untuk masuk semula ke Sentosa tambang monorail adalah SGD3.50 (pulang balik). Stesen monorail ini terletak di tingkat 3 Vivo City dan di luar mall ini pengunjung boleh melihat pemandangan Sentosa Island secara menyeluruh. Tingkat basement Vivo City adalah letaknya stesen MRT Habour City.
Pemandangan Sentosa dari Tingkat 3 Vivo City
Lokasi seterusnya menuju ke Bugis Street. Untuk sampai ke Bugis Stress, kena turun ke bawah Vivo City, di stesen Habour City, kena ambil MRT North East Line ke Outram Park (tambang SGD1.30), then barulah ambil East West Line ke Bugis (juga tambang SGD1.30). Secara umumnya perkhidmatan MRT di sini sangat memuaskan. Satu yang saya salute, penumpang di sini sangat disiplin, naik MRT pun berbaris baik tanpa berebut-rebut. Kalau tren dan penuh, tunggu next tren. Ini kerana kekerapan tren datang adalah sangat tinggi. Masa menunggu adalah kira-kira 5minit. 

MRT Bugis terletak di dalam Mall Bugis Junction. Naik atas mall ini dan keluar terus untuk menyeberang ke Bugis Street. Di Bugis Street memang sesak dengan kedai-kedai pakaian dan souviner. Pilih ja lah. Harga tidak jauh beza. Saya hanya round tengok-tengok suasana jah. Sempatlah beli beberapa magnet untuk kawan-kawan.

Masa melewati jam 7.30mlm saya pun bergerak ke stesen bas di Queen Street untuk mendapatkan bas balik ke Johor. Alangkah terkejutnya sangat ramai orang berbaris menunggu bus, rasanya ramai orang disebab hari bekerja dan ramai yang balik ke Malaysia untuk berhujung minggu. Boleh tahan juga berbaris lebih kurang 1jam barulah dapat giliran untuk naik bas. Ada beberapa operator bas termasuklah Causeway Link, Johor Express dan SBS170. Tambang dari stesen sini ke Johor adalah SGD2.50. Kira-kira jam 8.45mlm baru saya dapat bas, saya menaiki  bas causeway link (CW2). Rasanya ini adalah bus ke 7 atau ke 8 sepanjang saya berbaris.

Selesai imigresen di Woodland. Sekali lagi berbaris panjang untuk naik bas semula. Pergerakan agak cepat 10minit dapat naik bas terus ke CIQ. Masa berbaris di auto gate imigresen Johor, boleh-boleh masa giliran saya, auto gate tergendala dan terpaksalah berbaris semua. 

Done!!! I am back from oversea. Saya terus belok ke laluan untuk masuk JB Sentral. Mula-mula plan mahu makan di gerai-gerai di sekitar city centre, dengan kaki yang melecet memang tidak sanggup mo jalan. Keputusannya makan KFC di JB Sentral ja.

Lepas kenyang makan, beli sedikit bun bekal balik Tune Hotels. Saya balik Tune Hotel dengan menaiki teksi. Malam-malam begini ramai pula penumpang yang berebut mendapatkan teksi. 

Saya: Pakcik sampai Tune Hotels berapa?
Packik teksi: Dalam RM10 gitulah.
Saya: Ok. (Masuk teksi)

Akhirnya dapat juga teksi. Ini adalah teksi merah, juga teksi budget tapi pakcik tu tetap guna meter. Tambang asas adalah RM3 dan sampai Tune Hotels meter tertera RM8.50. Tapi saya bagi kat pakcik tu RM10 tidak perlu baki sebab dikira murah pula. Hehe...

Cam biasa masuk ja hotel, mandi dan sedia untuk tidur sebab esok mau bergerak ke KL pula. Planning mahu sampai KL dalam 12tghr.


18 January 2014

Oleh kerana terlampau penat berjalan dan berdiri kelmarin, hari ni bangun dalam 7.30pagi. Bersiap dan mengemas barang untuk checkout bilik. Selepas check out, minta receptionist hotel call teksi untuk ke Terminal Larkin. Tambang sampai terminal adalah sebanyak RM11 (harga meter teksi merah). Kira murahlah tu. Pernah dulu naik teksi biru (executive) ke Danga Bay tambang RM20.

Lapar ni, so breakfast lah dulu. Ada food court di tingkat 3 terminal Larkin. Saya order tea tarik ais sama roti telur (kuah kari kambing & sambal). Selesai perut diisi, turun ke bawah cari bas dari kaunter ke kaunter. Saya mahu naik bus jam 9pagi.

Sarapan Roti Telur
Teh Ais 
Tiket Bas
Hampir 4jam setengah perjalanan baru sampai ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Di pertengahan jalan, bus ada berhenti rehat dan masa itu semua penumpang turun d TBS disuruh tukar bus. Most of time dalam bus tidur ja ni. 

Dari TBS, saya mengambil KLIA transit ke KL Sentral dengan tambang RM4.20. Masa sampai di platform, masa ketibaan tren adalah 12minit. 


Salah satu hentian ke Johor
Lain-lain aktiviti apabila sampai ke KL Sentral ialah check in hotel yang berdekatan. Sambil-sambil jalan mencari hotel tu saya buat keputusan bermalam di De Sentral Hotel di 128 Jalan Tun Sambanthan dengan sewa RM85 semalam. Hotel ni terletak jarak satu blok kedai untuk ke Stesen Monorail. Lepas check in, turun ke KL sentral ambil LRT ke KLCC (tambang RM1.60). Di KLCC makan tengahari lepas tu sempat mengambil photo di menara berkembar petronas. Shopping di uniqlo dan membeli pop corn pesanan kawan di Garrett. Jumbo pack pop corn berharga RM40.

Kari Bihun di Food Court KLCC
Pemandangan luar KLCC ke arah tasik
Dari KLCC sambung pula ke MidValley dengan menaiki komuter dari KL Sentral (tambang RM1.00). 

CNY Deco di Centre Court MidValley
Makan malam Domino Pizza di MidValley

Meninggalkan Midvalley kira-kira jam 8mlm. Tidak mau balik lewat sebab nanti terlalu ramai orang berebut naik komuter. 

Balik bilik letak barang, sambung lagi ke Hard Rock Cafe (HRC) KL dengan menaiki monorail dan turun di stesen Bukit Nenas. Tujuan ke sana untuk cari charm, sedihnya di HRC KL pun tiada jual. Tak pa lah... Seterusnya ke tempat favourite saya iaitu Bukit Bintang. Kalau dulu saya beberapa kali ke KL saya selalu backpacker di hostel di Bukit Bintang. 

Hard Rock Cafe KL
Sampai ja bukit bintang, masuk starbuck redeem free drink. Green tea latte cold please. TQ!!! 

Green Tea Latter Cold
Berjalan terus ke Pavilion untuk meninjau dekorasi Chinese New Year yang cukup cantik. 

Fountain Pavilion

Entrance tangga di Pavilion

688 Horses untuk charity
Selepas itu, lebih kurang 10.20mlm, saya beredar dari Bukit Bintang untuk balik ke hotel. Boleh tahan penat.


19 Januari 2014

Hari terakhir di KL. Bangun kira-kira jam 8pagi. Turun jalan-jalan sekitar jalan menuju ke KL Sentral. Sempat lah saya tapau nasi sambal kerang dengan telur masak sos sebagai sarapan pagi ini.


Nasi sambal kerang dan telur
Makan breakfast di bilik, lepas tu mengemas dan bersiap untuk check out bilik. Last destination, pergi ke Mid Valley lagi. Ya lah, favorite mall kan.

Lunch bubur di I Love Yoo!!! Order set bubur scallop dengan cakui sekali, sangat sedap dan menyelerakan.


Ini dia bubur I LOVE YOO!!!
Mendekati jam 12.30tghr, saya beredar dari MidValley untuk mendapatkan bas ke LCCT dari KL Sentral. Tambang bas RM10 dengan perjalanan 1jam. Sampai di LCCT kira-kira jam 2ptg. Flite saya adalah jam3.35ptg, Sempat juga timbang beg sebelum masuk departure hall, nasib tidak lebih 7kg.

Datang dengan 4kg, balik 6.5kg
In flite meal
Ini dia rupa roasted chicken with cream sauce
Jam 3.10ptg, semua penumpang telah dipanggil boarding. Flite hanya berlepas kira-kira jam 3.45ptg dan mendarat di Kota Kinabalu (KK) dalam jam 6.10ptg.

Terpaksa bermalam di KK sebab tidak sempat beli tiket MAS (sold out) untuk flite jam 9.05mlm balik ke Labuan. 

Di KK, saya bermalam di Sensi Backpacker di Jalan Pantai (Area Gaya Street) dalam bilik mixed dorm 4 orang berkongsi, bayaran RM30 ja. Malam itu, roomate saya ialah seorang traveller lelaki dari UK dan seorang traveller perempuan dari Guang Zhou, China. So far, secara peribadi backpacker ini adalah yang paling selesa saya pernah tinggal di sekitar KK.


Bilik Dorm 4 orang
Lepas check ini, saya minta kawan bawa dinner di Kg Nelayan, Bukit Padang, di Beijing Steamboat Buffet Restaurant. Salah satu tempat favorite makan di KK. Steamboat di sana terdiri daripada soup & grill. Selain ayam, daging, seafood dan sayuran mentah, buffet turut menghidangkan makan siap masak seperti pelbagai mee goreng (mee biasa, bihun, kuew tiaw, tanghun dan lain-lain) ditambah dengan ayam goreng, mantou, wantan, sweet & sour chicken dan sayur-sayuran. RM35++ per head untuk weekend manakala weekday RM32++. Terasa sangat kenyang, sambung sekejap jalan-jalan di Suria Sabah sebelum balik berehat untuk meneruskan perjalanan balik ke Labuan pada keesokkan harinya. 

Soup & Grill Steamboat Buffet
Makanan siap masak

20 Januari 2014

Bangun seawal jam 5.30pagi untuk bersiap. Tepat jam 6.00pagi berjalan kaki ke stesen bas Menumbok yang terletak di depan Mahkamah KK. 5 minit berjalan kaki untuk sampai ke stesen dan cuaca pagi ini masih hujan yang berlarutan sejak semalam.

Saya membeli tiket bas pertama (tambang RM18) yang sepatutnya bertolak jam 6.30pagi tetapi hanya bergerak dalam 6.50pagi. Perjalanan untuk sampai ke Menumbok mengambil masa 2jam 30 minit kerana bas ini berhenti-henti di beberapa lokasi menurun dan mengambil penumpang. Bas turun menayangkan movie untuk tontonan para penumpang.

Sampai saja di Menumbok sekitar jam 9pagi, saya membeli tiket speedboat (tambang RM7.50 selepas diskaun 50% mengikut budget kerajaan). Hampir 1jam juga menunggu giliran bot saya untuk berlepas. Perjalanan speedboat dari Menumbok ke Labuan kira-kira 20minit merentasi lautan yang agak bergelora untuk balik ke Labuan. Perjalanan balik agak rushing sebab saya kena masuk kerja pada sebelah tengahari.


(Akhirnya selepas 8 hari, siap juga penulisan blog ini untuk perkongsian bersama)