Tuesday, January 14, 2014

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan yang terletak di kawasan pantai sepanjang Jalan Tanjung Purun ini dibina di atas kawasan seluas kira-kira 6 ekar dan telah dibuka untuk kunjungan orang ramai sejak Jun 2001. Kos pembinaan kompleks ini telah menelan belanja sebanyak RM25Juta.

 



Sila Baca NOTIS ini!!!

  Kompleks ini terletak kira-kira 5 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan dari Ujana Kewangan dan 10-15minit berjalan kaki. Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan bas tempatan (No.1) dari pusat bandar Labuan. Kompleks ini dibuka untuk kunjungan orang ramai dari jam 8pagi hingga 10malam setiap hari.


Kompleks ini telah dijadikan pusat berlangsungnya acara-acara sukan laut dan acara-acara pelancongan Labuan. Kompleks ini turun menjadi pusat rekreasi orang awam secara berkumpulan dan berkeluarga. Kompleks ini secara umumnya dilengkapi dengan kemudahan ruang pameran, pentas, muzium marin, pejabat pengusaha pelancongan, gerai cenderahati, gerai makanan dan minuman serta kemudahan sukan laut.


Melalui gerbang masuk kompleks, para pengunjung disediakan tempat letak kereta di sebelah kiri dan kanan ruang masuk ke kompleks. Muzium Marin terletak di tengah-tengah ruang masuk ke kompleks. Pejabat pelancongan dan kebudayaan Labuan dapat dilihat di sebelah kiri manakala sebelah kanan arah menuju ke kedai-kedai pengusaha pelancongan dan anjung selera.



Sedikit infomasi tentang Muzium Marin Labuan. Muzium telah dibuka sekitar tahun 2003 dan merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang bertemakan hidupan laut. Ianya berfungsi untuk memberikan maklumat dan pengetahuan tentang hidupan laut yang terdapat di perairan Borneo dan Labuan yang bermatlamat untuk memupuk kesedaran serta sifat tanggungjawab dan perasaan cintakan warisan alam semulajadi negara di kalangan pengunjung. Tiada bayaran dikenakan untuk mengunjungi muzium dan dibuka setiap hari bermula jam 9pagi sehingga 5petang.

Anjung Selera
Terdapat beberapa buat kedai-kedai pengusaha pelancongan termasuklah:
- Borneo Star Dive
- DSRS Underwater Specialists
- BERNAMA
- Jiwaja Rent a car
- Kiwitoon
- Interland Trading





 Satu-satunya restoren masakan Jepun di Labuan turut dibuat di kompleks ini iaitu Senkawa Japanese Restaurant. Selain itu, terdapat 6 buah penempatan gerai makanan yang tersedia di anjung selera.


Antara acara-acara menarik yang telah berlangsung di sini sepanjang tahun 2013 termasuklah:
- Labuan Art Festival
- Pesta Sukan Air Nasional 2013
- Fiesta Pancing Merdak Raya Labuan 2013

Menara Jam Labuan, Menara Ramsay Point, Gelanggang Gasing dan Restoren Manja Rasa Labuan adalah antara bangunan menarik di sekeliling kompleks ini.

Restoren Manja Rasa menghidangkan buffer steamboat
Menara sebelah Ramsay Point
Menara Jam Labuan
Gelanggang Gasing Labuan

Lain-lain kemudahan yang tersedia adalah:

Taman Permainan Kanak-Kanak (masih dalam proses penyelenggaraan)
Tempat duduk dan bersantai di Ramsay Point
Lagi tempat duduk untuk bersantai
Juga lokasi santai 
  

Kayak dan Kapal Layar
Bot panjang

Pemandangan sekitar kompleks


Monumen Kapal yang ada kaitan tentang penyerahan Labuan oleh Brunei (akan dikaji secara lanjut)




Sebahagian pantai di depan kompleks
Lukisan dinding yang menyahut Tahun Melawat Malaysia 2014 
Pandangan Kompleks dari atas Menara sebelah Ramsay Point
 
Walaupun hanya sebuah kompleks, jika diteliti secara mendalam banyak infomasi yang menarik untuk diketahui. 









No comments:

Post a Comment