Sunday, January 12, 2014

Pasar Tani Labuan

Pasar tani secara umumnya merujuk kepada pasar khusus yang menjual barang-barang hasil pertanian termasuklah sayur-sayuran, ayam, dan daging segar.

Pasar tani di Malaysia biasanya diadakan secara mingguan pada waktu pagi sahaja dan ditadbir di bawah kawal selia FAMA.

Menurut sejarah penubuhan,  konsep pasar tani ini telah diwujudkan pada 1985 sehingga kita pasar tani sudah memasuki usia 29 tahun.

LABUAN juga tidak terkecuali mempunyai pasar taninya yang tersendiri. Tapal Pasar Tani Labuan kini beroperasi di kawasan Labuan Walk sejak awal tahun 2013, di mana tapak ini bersebelahan dengan Menara Perbadanan Labuan.

Dahulunya, tapak pasar tani ini terletak di belakang Wisma Perbadanan (nama lama bangunan ini ialah Wisma Oceanic) yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Labuan.

Pasar Tani Labuan diadakan setiap sabtu dan ahad, bermula jam 6.30pagi sehingga 2petang. Berbagai-bagai macam produk pertanian, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut kering, ayam, daging, kuih muih, makanan dan minuman, pokok-pokok bunga dan buah-buahan, barangan kraftangan serta pakaian tersedia ada untuk pilihan pengunjungnya.

Makanan dan minuman termasuk kui muih
Barangan Kraftangan
Gerai-gerai makanan dan minuman yang pelbagai
Aneka Kuih Muih
Jeruk Buah 
Mee Goreng, Bihun Goreng dan Kuih Tiaw Goreng 
Gerai-gerai "bundle" pakaian
Pakaian "Bundle"
Kuih Muih RM1 (3 ketul)
Kiosk Jualan turun meriah beroperasi
Cucur pisang, popiah dan lekor
Gerai Ayam Segar
Gerai Pokok Bunga dan Buah-Buahan
Gerai Daging Segar
Gerai Pasu Bunga
Gerai Keropok dan Buah Durian
Gerai Pokok Bunga
Gerai Pokok Bunga dan Lain-Lain
Gerai Sayur-Sayuran
Gerai Buah-Buahan
Gerai "Lauk" Masin
Lagi Gerai Pokok Bunga
Gerai Sayur-Sayuran
Pemandangan Pasar Tani
Pemandangan Pasar Tani



















































1 comment: