Sunday, March 16, 2014

Melaka (9 March - 10 March 2014)

9 March 2014

Tiba dari Hat Yai di LCCT kira-kira jam 3.05pm. Selesai urusan imigresen terus pergi ke kaunter tiket di balai ketibaan domestik untuk membeli tiket bas terus ke Melaka jam 4pm tetapi penuh. 

Selepas perkiraan, akhirnya saya membeli tiket bas yang bertolak jam 6.30pm untuk ke Melaka. Harga tiket adalah sebanyak RM24.10 seorang menggunakan bas Transnasional.


Bas bertolak tepat jam 6.30pm dan singgah di KLIA untuk mengambil penumpang. Perjalanan dari LCCT ke Melaka mengambil masa sekitar 2jam. 

Bas tiba di Melaka Sentral Bus Terminal dalam 8.30pm. Ketika dalam perjalanan, saya sempat email kepada pihak hostel untuk memaklumkan kelewatan saya check in serta mendapatkan infomasi berkenaan pengangkutan yang paling budget untuk sampai ke hostel. 

Pihak hostel memberitahu bahawa saya boleh menaiki bas tempatan bernombor 17 di terminal yang sama di platform 17. 

Ini Platform 17 bas Ujong Pasir

Hampir 1 jam saya dan penumpang yang lain menunggu di platform sebelum bas sampai. Sebaik sahaja masuk bas, ada seorang konduktor mengutip tambang dan mengeluarkan tiket.

Tambang bas RM1.50
Lokasi turun - Menari Taming Sari
Saya terlebih dahulu telah membuat tempahan bilik hostel melalui hostelworld. Saya memilih untuk menginap di The Travelers Hostel dalam bilik single dengan bayaran RM30. Hostel ini terletak di Jalan PM9 dan bersebelahan dengan ND hotel. 

Perjalanan bas dari Melaka Terminal mengambil masa 20minit untuk sampai di depan Menara Taming Sari. Dari sini dan berdasarkan panduan yang diberi, 5 minit berjalan kaki akhirnya saya jumpa pintu masuk hostel ini. 

Saya disambut ramah oleh pemilik hostel ini. Selesai membuat bayaran sewa, saya check in bilik dan mandi sebelum sambung keluar mencari makan di Jonker Walk.


Ruang Tamu hostel

Kaunter hostel
Bilik single dengan kipas angin

Sekitar jam 10.15pm saya keluar berjalan menuju ke Jonker Walk yang terletak dengan jarak 500meter dari hostel dengan berjalan kaki kira-kira 10minit. 

Menara jam & gereja
Beca kreatif
Hard Rock Cafe ini terletak di jalan masuk ke Jonker Walk

Simbolik Jonker Walk
Kapal Pelayaran Laksamana Cheng Ho
609 tahun

Robot lipatan besi
sama seperti di Hat Yai
Tapi harga sini agak mahal


Ais Kisar Mangga
Dim Sum


Telur puyu goreng
Nyonya Laksa

Untuk balik ke hostel, saya melalui jalan di tepi Sungai Melaka. Ini adalah antara yang menarik perhatian saya.

Kincir air Kesultanan Melayu Melaka
Menara Taming Sari pada waktu malam

10 March 2014

Bangun seawal jam 7 pagi, bersiap untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Melaka sambil mencari tempat untuk sarapan dan makan tengahari (brunch).

Pemandandan blok kedai
dari Jalan PM 9
Papan tanda jalan di depan
Menara Taming Sari

Muzium Samudera


Kapal di Muzim Samudera

Medan Samudera 




Dataran Sungai Melaka


Pemandangan dari tepi Dataran Sungai Melaka


Kawasan Rehat - Taman Bunga Merdeka




Mall-mall di Bandar Melaka

Mahkota Parade
Padang di Dataran Pahlawan
Wing Belakang Dataran Pahlawan
Pengunjung yang membuat riadah pagi
Bahagian depan Dataran Pahlawan Mall

Memorial Pengistiharan Kemerdekaan




 Sekitar Kota A Famosa

Kereta Kebal
Kota A Famosa
Meriam di Kota A Famosa
Pemandangan dari tangga
menuju ke atas runtuhan Gereja St Paul


Runtuhan Gereja St Paul





Muzium TYT & Sastera yang terletak bersebelahan
dengan Runtuhan Gereja St Paul
Pemandangan Bandar Melaka dari Runtuhan Gereja St Paul


 Lain-lain lokasi/aktiviti yang menarik

Newton - medan makanan dan barangan
Pintu depan Bangunan Menara Taming Sari
Laluan untuk Basikal/Beca

Duck Tour Sekitar Bandar Melaka
Round about menuju masuk ke Jonker Walk
Menara Jam
Kincir Angin

Jonker Walk - Siang hari






Chicken Ball Rice (30sen sebiji) dengan Sup Wantan
Air Liang Cha








Masjid Kampung Kling - salah satu yang tertua di Melaka

Dalam perjalanan balik ke hostel, sekali lagi lalu di tepi Sungai Melaka dan kali ini gambaran Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka pada waktu siang.



Ramai pengunjung turun menaiki beca berhias untuk pusing sekitar bandar Melak secara santai.



Balik sekitar jam 11pagi ke hostel, saya berkemas untuk check out hostel dan seterusnya pergi ke Melaka Terminal mengambil bas balik ke KL.

Untuk kemudakan saya mendapatkan bas, saya diberitahu oleh pemilik hostel untuk berjalanan sampai ke perhentian bas di seberang jalan Mahkota Medical Centre untuk mengambil bas. Jarak dari hostel ke sini adalah kira-kira 500meter.


Saya menunggu hampir 45minit sebelum mendapatkan bas menuju ke Melaka Sentral Bas Terminal. Dari perhentian bas ke Melaka Sentral Terminal adalah kira-kira 15minit dengan tambang sama RM1.50.

Ini dia bas domestik Melaka
"Panorama"

Membeli tiket bas Melor
Melaka - KL (RM12.50) bertolak jam 2pm
Tiket bas
Bas yang membawa saya ke KL
Perhentian TBS
Satu lagi pengalaman indah yang singkat berada di Melaka. Secara umumnya, pengangkutan domestik Melaka agak baik tetapi kalau kita ingin melancong secara budget, kesabaran itu perlu ada. 



1 comment: