Sunday, March 16, 2014

Hat Yai Trip (6 March - 9 March 2014) Part 2

7 March 2014

Bangun seawal pagi untuk pergi ke Kim Yong Market. Kim Yong Market adalah pasar harian dan terletak 400 meter dari hotel kediaman kami.

Perjalanan ke Kim Yong Market

Pasar ayam & babi (bersebelahan)

Aneka jualan yang terdapat di Kim Yong Market










Pengunjung yang menderma makanan
kepada Sami dan didoakan oleh Sami

Pemandangan di sekitar Kim Yong Centre

Seperti biasa, kawan saya mengambil sarapan di restoren muslim berdekatan hotel. Kali ini mencuba roti telur. 

Ini adalah sarapan Roti Telur (20bath)

Selesai sarapan, kami balik untuk bersiap. Pada hari sebelumnya kami telah berbincang dengan pemandu tuk-tuk, pakcik "Ah Sun" untuk mengangkut kami ke kawasan Songkhla. Antara lokasi yang kami cadangan untuk pergi termasuklah Songkhla Aquarium, Samila Beach untuk melihat acra ikan duyung dan Floating Market. 

Destinasi pertama ialah Songkhlas Aquarium yang terletak 34KM dari bandar Hat Yai. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai. 

Masjid Hat Yai dalam perjalanan ke Songkhla

Bayaran masuk ke aquarium adalah sebanyak 400 bath seorang. Secara keseluruhan saya bagi rating 3 daripada 5 untuk aquarium ini. Yang menarik perhatian lebih kepada persembahan penyelam dalam akuarium bersama penyu, ikan pari dan ikan jerung.







Antara hidupan laut yang ada di sini





Kuda Laut







Ini adalah dewan di mana penonton boleh menyaksikan penyelam memberi makanan kepada ikan-ikan termasuk jerung, pari dan penyu.







Dari akuarium, kami berpatah balik untuk pergi ke Samila Beach di mana terletaknya Acra Duyung ("Mermaid Sculpture") yang menjadi tumpuan pengunjung ke sini. Jarak dari Songkhla Aquarium ke sini adalah 3KM dengan tempoh perjalanan sekitar 5 minit. Dalam perjalanan ke Samila Beach, sempat minta pakcik Ah Sun singgah di tepi jalan untuk mengambil gambar layang-layang besar. 




Sekitar Samila Beach 







Mermaid Sculpture 
Di sini juga, kami mengambil kesempatan untuk membeli cenderahati berbentuk keychain ikan duyung. 

Kami kemudiannya meneruskan kunjungan ke Floating Market yang terletak di kawasan Khlong Hae. Jarak 28KM dari Samila Beach dengan tempoh perjalanan 30minit.

Floating Market ini hanya dibuka pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sekitar jam 3petang ke atas. 

Oleh kerana kami sampai agak awal, kami berpusing-pusing membeli t-shirt di gerai-gerai sambil menikmati beberapa makanan.



Di sini, saya sempat membeli beberapa helai t-shirt Hat Yai untuk kawan-kawan rapat. Sehelai saiz S & M adalah 100bath manakala saiz L ke atas adalah 130bath selepas ditawar.





 
Ais Krim Kelapa (35bath)
Tom Yam Kueh Tiaw (50bath)
Bihun Sup Ayam (50bath)
Ini dia floating market yang ditunggu-tunggu buka. Para peniaga menjual pelbagai jenis makanan.

Floating Market dari sudut pandangan atas



Minuman dalam bekas tanah liat
Boleh ambil terus bekas tersebut
Telur Campur
20bath secucuk

Telur ikan goreng (20bath)

Telur Pink




Tidak lama kami di floating market, kami bergerak balik ke bandar Hat Yai. Kos keseluruhan perjalanan kami hari ini adalah 400bath seorang. 

Pada sebelah petangnya, aktiviti free and easy. Saya mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan melihat bandar Hat Yai dengan lebih meluas. 

Kenderaan iklan

Berjalan kaki ke Stesen Keretapi Hat Yai yang berdekatan. Perjalanan keretapi ini menuju ke destinasi seperti Bangkok dan Malaysia.



Stesen Keratapi Hat Yai
300 meter dari hotel



Robinson Mall 450meter dari hotel dan mall ini sedikit mirip Sogo KL.




Antara bangunan sekitar bandar yang sempat digambar.




Lee Garden Plaza Hotel juga merupakan satu mall yang terletak di China Town Hat Yai dan jarak 400 meter dari hotel kami. 



Antara kedai-kedai di dalam Lee Garden selain bilik hotel.






Gerai makanan di sekeliling Lee Garden Plaza Hotel.

Lai Chi Kang (50bath)


Tiram dengan telur (100bath)
Mangga dengan nasi pulut (50bath)
Robot yang diperbuat daripada
lipatan besi-besi
Baju-baju
Key Chain

Sup Tomyam di salah sebuah gerai tepi jalan

8 March 2014

Tiada aktiviti khas yang dirancang untuk hari ke 3 di sini. Perancangan asal sepatutnya pergi ke Bangkok tetapi dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan. Dengan itu, kami terus extend bilik dengan bayaran 720bath. 

Kami memilih untuk berehat dan berjalan lebih jauh untuk meninjau suasana di bandar ini. 

Seperti biasa pada awal jam 7pagi, saya bergerak sendiri ke Kim Yong Market untuk mencari sarapan sendiri. Hari ini rancang mahu merasa makanan yang pelbagai. 



Sekitar Kim Yong Market mencari makanan

Sate Pork
Gerai Nasi Campur



Pelbagai kuih apam
Kuih Bahulu Bakar guna arang
Lagi Pork Satey
Mini Cakui
Pelbagai Dim Sum
setiap jenis 10bath
(total 40bath) untuk semua ini
Luo Mi Kai (Nasi pulut dengan pork) 10 bath

Kreatif kuih kacang hijau "tau sa"
dalam bentuk buah-buahan (40bath)
Menjelang tengahari, kami memilih untuk berjalan sejauh 1.2KM.

Ini adalah antara yang menarik sempat saya gambar dan kongsikan bersama.




Gerai menjual ikan hiasan


Bulatan jalan di bandar Hat Yai
Kelihatan santai pelajar duduk
di tepi kedai sambil lepak-lepak makan

Menara Jam Hat Yai

Lepak-lepak di Lee Garden Plaza Hotel Mall.
 
Cripsy Chicken KFC 
Tingkat 5 Lee Garden Plaza


Sementara menunggu kawan seorang massage, saya pun merasa buffet di Shabu Sushi dalam Lee Garden Plaza. Bayaran seorang adalah 355bath dan tempoh masa buffet adalah 1jam 15 minit. 

Makanan buffet ini termasuk steamboat. Ini adalah antara makanan-makanan yang tersedia. 











Pelukis potret ini turut menarik perhatian kami. Setiap potret yang dilukis berharga 200bath dan hasilnya adalah 95% mirip. 




9 March 2014

Hari terakhir di Hat Yai. Seperti biasa saya pergi ke Kim Yong Market mencari sarapan. 

Selebihnya masa kami melakukan aktiviti pembelian terakhir dan bersiap untuk check out bilik sekitar jam 10.30 pagi. 

Air Soya (20bath)
Daging kering (60bath)

Kami menggunakan khidmat pengangkutkan pakcik Ah Sun untuk menghantar kami ke airport. Bayaran dikenakan ialah 300bath untuk 2 orang. Jarak 14KM dengan tempoh perjalan 20minit. 

Flite kami balik ke KL adalah pada pukul jam 12.55 masa Thailand.

Kami bersantai-santai di airport sementara menunggu panggilan masuk ke Kapal. 

Sempat meninjau sekitar airport dan saya dapati flight direct dari Malaysia ke Hat Yai hanya ada airasia. 




Nampak notis ini di tandas
Gambar sebab ada dalam Bahasa Melayu


Flite berlepas tepat mengikut jadual

Tiada yang lebih indah saya boleh kongsi selain gambar-gambar dan pengalaman yang dilalui sepanjang berada di Hat Yai. Pemilihan cara melancong secara santai seperti ini memberikan satu kepuasan yang lebih bermakna tanpa sebarang perasan kelam kabut dan perjalanan disertai dengan perancangan alternatif.  

Semoga ini sedikit sebanyak dapat memberikan idea kepada yang bercadang ke Hat Yai.

1 comment:

  1. Thank you good journey. Next Stop Kingdom of Cambodia!

    ReplyDelete