Saturday, February 8, 2014

Labuan -> Keningau -> Kg Mansiat -> Keningau -> Kota Kinabalu -> Labuan

31 Januari 2014


Perjalanan bermula dari Labuan dengan menaiki feri kenderaan ke Menumbok. Tiket feri jam 1.30pm ialah FEri Wawasan Perdana. Oleh kerana kelewatan feri wawasan dari Menumbok. Kami hanya boarding ke feri kira-kira jam 1.30pm. Sangat banyak kenderaan yang berbaris termasuk mereka-mereka yang waiting list. Inilah keadaan yang berlaku kepada pengguna feri bila musim perayaan. Feri hanya bertolak kira-kira jam 2.20pm. Deck penumpang feri penuh sehingga ada yang berdiri di tepi feri dan ala-ala berkelah di atas deck terbuka feri (siap dengan tikar dan makanan). Cuaca sepanjang perjalanan agak panas. 


Kaunter Tiket Feri Kenderaan Wawasan Perdana
Kenderaan berbaris untuk masuk feri
Boarding Feri Wawasan Perdana
Barisan kenderaan yang mengikut pelayaran
View Terminal Feri Antarabangsan Labuan dari atas feri
Kereta terakhir boarded... Ready untuk belayar
Patuhi notis ini demi keselamatan
Suasana di deck terbuka feri (tingkat paling atas @bumbung)

Pelayaran feri kenderaan ini untuk sampai ke Menumbok adalah kira-kira 2jam. Feri berlabuh di terminal Menumbok kira-kira 4.20pm. 10-15 minit masa untuk menunggu giliran kereta saya turun dari feri. Sebaik sahaja turun dari feri, saya meneruskan pemanduan ke destinasi yg dituju iaitu Keningau. 

Feri mendarat di Menumbok...
Ramai penumpang menunggu untuk masuk feri untuk pelayaran ke Labuan

Menghabiskan jarak 93KM, kami sampai di Bulatan Kimanis. Dari Bulatan Kimanis, jalan terus untuk sampai Papar manakala belok kanan untuk perjalanan ke Keningau. 12KM melepasi Bulatan Kimanis iaitu KM105, kami berhenti rehat seketika di Kimanis Point untuk ke tandas dan berehat seketika. Terdapat beberapa buah kedai dan juga restoren dibuka di tempat ini. Yang lebih menarik ialah ada dipamerkan seekor buaya di kandang dan seekor labi-labi dalam akuarium. Banyak syiling dan duit kerta yang didermakan oleh pengunjung sini ke dalam kandang buaya dan akuarium labi-labi. 

Labi-Labi dalam akuarium
Ikan Talapia untuk diJUAL
Antara kedai di Kimanis Point
Di sini kami berhenti rehat seketika
Jam menunjukkan hampir 6petang, kami meneruskan baki perjalanan 48KM untuk sampai ke Keningau. 7KM dari Kimanis Point, bermulalah pendakian jalan merentasi banjaran crocker sejauh 41KM. Perjalanan untuk sampai ke Keningau terbahagi kepada 2 fasa, iaitu fasa 1 - 20KM yang melibatan pendakian dengan kecerunan tinggi mencecah 19%, manakala fasa 2 - 21KM lagi akan menuruni banjaran. Ketika menuruni banjaran, sign board yang kerap kelihatan ialah "AWAS gunakan gear rendah". 

Jalan mula berkabus tebal

Banjaran Crocker mempunya purata ketinggian 1800meter dan Gunung Kinabalu adalah puncak tertinggi dalam banjaran ini. Mendekati puncak banjaran sekitar sini, kelihatan jalan raya digariskan dengan garisan kuning yang menandakan bahawa sepanjang jalan ini berpotensi berkabus tebal. Oleh kerana perjalanan kami melewati petang, sebahagian jalan di atas adalah berkabus tebal sehingga jarak pandangan jalan kurang daripada 10meter. Saya terpaksa memandu dengan double signal dan memasang fog light. Udara di luar sangat sejuk kerana sepanjang pendakian saya off air cond kereta bagi memudahkan pendakian. 

Kami mendekati pekan Keningau kira-kira jam 6.50ptg. Perkara pertama dibuat ialah check in hotel. Secara ala kadar, kami menginap di New Grand Hotel. Sewa bilik adalah RM55 untuk twin sharing dan setelah membuat pembayaran sewa bilik kami teruslah pergi mencari makanan di pasar malam Keningau. 


Games di Fun Fair Keningau
Ala-ala EYE of Keningau
Jualan martabak dan nasi campur
Nasi Campur untuk dinner
ABC - Simple tapi sedap
Suasana pasar Keningau sekitar jam 8mlm
Ini dia Keningau Mall

Sampai saja di kawasan pasar, meriah suasananya kerada ada funfair. Oleh kerana kelaparan menguasai diri, kami hanya menjenguk games di dalam funfair seketika dan sambung mencari makan malam. Akhirnya kami memilih untuk duduk di sebelah gerai. Order nasi campur dengan dua lauk dan sup bakso daging kosong serta ABC dengan bayaran RM10.50. Berbaloi dan mengenyangkan. Sempat untuk berkunjung ke Keningau mall. Mall yang sederhana tapi ada G*mart n watson di dalamnya. Kebanyakan kedai lain di tingkat atas tutup awal sebab cuti Tahun Baru Cina. Ini pun jalan-jalan untuk mengisi masa sementara menunggu temu janji dengan ex-classmate universiti dulu. Kami lepak di restoren nasi ayam sweet honey dan borak-borak sampai jam 10mlm baru balik. Sampai di bilik hotel, mandi dan masa untuk berehat.

Bilik Twin Sharing
1 Februari 2014

Bangun dalam jam 7pagi, terus keluar berjalan-jalan di luar. Terasa udara pagi yang sejuk dan menyegarkan. Selepas bersiap, terus check out bilik dan singgah di pasar siang Keningau untuk sarapan pagi. 

Salah sebuah gerai makan di pasar Keningau
Soto Bakso Daging
Sup Bakso dan nasi putih

Selesai mengisi perut, kami meneruskan perjalanan ke Kg Mansiat. Ini adalah pertama kali saya balik ke Kg Mansiat dalam tempoh 20 tahun ini. Selalu kalau balik hantar parent sampai pekan Keningau saja. Maklumlah dulu jalan masuk kampung belum berTAR tapi kini baru setahun ini tar jalan siap. 


Kami memulakan perjalan dari pekan Keningau sekitar jam 9pagi. Check point pertama ialah Bulatan Sook 40KM dari pekan Keningau. Untuk meneruskan perjalanan ke Kg Mansiat, saya mengambil belok ke kiri itu Tulid & Lanas. 

Jalan mendekati Bulatan Sook
Ini Bulatan Sook di hadapan
Belok kiri untuk ke Tulid & Lanas
Jalan terus untuk ke Nabawan & Sapulot
Jalan ke Kg Tulid
Antara kampung-kampuang yang sempat saya catat sepanjang jalan termasuklah:
- Kg Kipalu Baru
- Kg Kabatang
- Kg Simpang 4 Sook
- Kg Rampayan
- Kg Tiong
- Kg Sinulihan baru
- Kg Kiulu Baru
- Kg Pauh
- Kg Tulid
- Kg Lanas
- Kg Batu Lunguyan
- Kg Sonsolungon
- Kg Lolopakon 

Selepas Kg Lopopakon baru sampai ke Kg Mansiat. Jarak dari Bulatan Sook untuk sampai ke Kg Mansiat adalah kira-kira 60KM. Tempoh masa perjalanan tanpa henti untuk sampai ke sini adalah dalam 1 jam 30 minit dengan kelajuan 80-90KM/J. Laluan jalan adalah berbukit dan juga merentasi 5 buah sungai. 

Daripada 5 buah sungai yang dilalui, 3 buah sungai sudah mempunyai jambatan siap manakala 1 buah sungai mempunya jambatan sementara dan paling terkejut bila kereta saya perlu mengharungi sungai untuk meneruskan perjalanan. 

Lori kayu balak
SMK Tulid
Jalan yang dahulu gravel kini suda TAR
View Gunung Trusmadi
Ini di Kg Mansiat sudah
Jambatan sementara merentas sungai
dari Kg Lolopakon ke Kg Mansiat 
Laluan sungai antara Kg Sonsolungon ke Kg Lolopakon
Rupa bentuk jalan raya di sekitar sini

Kg Mansiat kini masih menunggu bekalan lektrik dari SESB. Melalui pengamatan saya, sudah ada siap tiang letrik dan pencawang kini dalam proses pembinaan. Dengan harapan dalam tempoh 1 tahun lagi kemudahan ini dapat dirasai oleh semua penduduk kampung di sini.

Mengangkut kayu api 
Dapur kayu api

Saya tidak lama di kampung kerana tujuan asal hanya untuk menghantar parent. Sempat juga melawat dua buah umah saudara di sana. Saya beredar dari kampung kira-kira jam 11pagi. Sepanjang jalan balik ke pekan Keningau sempat turun berhenti di beberapa lokasi meninjau keindahan alam dan sungai. 

Jambatan untuk ke sawah padi
Singgah berhenti di tepi sungai
Kami sampai Keningau dalam jam 1tghr. Terus layan makan tengahari di Restoren XXL sebelum sambung ke Kota Kinabalu. 

Restoren XXL
Mee Kari
Kuew Tiaw Asam Kari
Meneruskan lagi perjalanan Keningau ke Kota Kinabalu. Sama dengan perjalanan hari sebelumnya iaitu laluan Banjaran Crocker. Sebenarnya ada satu lagi laluan untuk ke KK melalui Tambunan. 

Ini antara gambar-gambar sempat kami ambil di sepanjang 2 perhentian kami melalui Banjaran Crocker. 

Kelab Sukan & Rekreasi Banjaran Crocker
Pejabat Banjaran Crocker
Selamat datang ke stesen Taman Banjaran Crocker
Pemandangan pekan Keningau dari atas Banjaran Crocker

Hotel and Restoren di tengah puncak banjaran
Kabus tebal
Pemandangan hanya jarak 10meter
Sebaik sahaja turun dari banjaran, kami meneruskan perjalanan sampai lah jumpa dengan Bulatan Ulu Kimanis. Kami pilih untuk belok masuk ke simpang kanan, Jalan Bukit Manggis dengan jarak 18KM ke Papar. Laluan jalan ini pendek 5KM jika menggunakan laluan Bulatan Kimanis tapi jalan raya agak kecil. 

Laluan ini seterusnya membawa kami sampai ke Bulatan Benoni. Jalan lurus dari bulatan ini untuk sampai ke pekan Papar (jarak 4KM), manakala jalan belok ke kanan dipanggil jalan Papar lama. Kedua-dua laluan boleh digunakan untuk sampai ke Kota Kinabalu. Just jalan Papar lama adalah laluan bagi lori-lori besar.

Kami sampai d KK jam 3.30ptg. Sekali lagi pilih untik transit backapcker di Sensi Backpacker hostel. Kami ditempat dalam bilik dom berkongsi 6 orang. 

Pantry hostel 
Tangga naik tingkat atas hostel
Bilik dom kami
2 Februari 2014

Seawal jam 6.30pgi round-round gaya street. Hari ini tidak ramai yang bergerai seperti minggu-minggu biasa sebab masih dalam cuti Chinese New Year. Oleh itu, tidak ramai penggerai cina tidak membuka gerai. Kami menapau makanan di Fook Yuen (Kueh Tiaw dengan Siew Mai & Dimsum). Sampai di hostel terus kemas-kemas beg, makan tapau tasi sebelum bertolak ke Menumbok. Semasa mengemas sempat berborak dengan salah orang guest di dorm kami. Dia berasal dari Hong Kong dan telah berhijrah ke Canada 25tahun lepas, dia kini bercuti selama 6 bulan. Travel ke Sabah dalam 10hari dan sekarang tengah mengikut kursus diving. Sama dengan beberapa guest yang saya pernah borak, saya mendapati Sabah menjadi salah satu destinasi pilihan pelancong untuk belajar diving disebabkan oleh kos yang lebih murah. Kami bertolak dari KK dalam jam 7.50pgi dan sampai di Menumbok sudah mendekati jam 10pagi.  Feri Wawasan Perdana yang bakal membawa kami juga baru tiba di Terminal Menumbok. Tunggu feri unload unload kenderaan dan menurunkan penumpang. Kami akhirnya boarding atas feri sekitar 10.30pagi dan bersedia bertolak jam 10.45ptg (15 minit lewat dari jadual asal). 2jam pelayaran membawa kami balik ke Labuan. 

Penumpang dari Labuan yang sedang menuju masuk
ke dalam feri untuk pelayaran seterusnya

Semoga  perkongsian perjalanan kami ini terus menjana perkongsian kita bersama.

2 comments: