Saturday, February 15, 2014

Chop Goh Mei di Labuan (14 Februari 2014)

Chap Choh Mei dalam bahasa Hokkian tempatan dipanggil “Malam 15” iaitu simbolik kepada berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.

Menjelang Chap Goh Mei setiap tahun, penduduk-penduduk Cina di Kg Sungai Keling, Labuan akan mengadakan acara tradisi mereka dipanggil Perarakan Chap Goh Mei. Acara tradisi ini sudah diteruskan sejak lebih 30 tahun yang lepas dan masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Pesta Chap Goh Mei di Labuan diraih dengan upacara sembahyang secara besar-besaran, colok-colok besar dinyalakan di samping tanglung dan bunga api serta tarian singa dan tarian naga.  

Kg Sungai Keling adalah salah sebuah daripada senarai 29 kampung yang digazetkan di Labuan. Kg Sungai Keling mempunyai majoriti penduduk cina teramai iaitu kira-kira 2000 orang. 

Acara tahunan ini telah menarik ramai pengunjung tempatan dan luar tidak mengira bangsa dan agama untuk sama-sama memeriahkan suasana. Perarakan Chap Goh Mei meliputi hampir keseluruhan jalan/lorong utama yang ada di kampung ini. 

Perarakan ini mempunyai 7 hentian di mana 3 hentian di Tokong dan 4 hentian di stesen sembahyang. Barisan perarakan utama mengandungi pembawa bendera, pembawa tanglung, pembawa gendang dan gong, pembawa dewa atas tandu dan pembawa colok. Mereka ini akan berkumpul di salah sebuah Tokong untuk memulakan perarakan sekitar jam 6ptg dan bertolak dalam 7mlm dari satu stesen ke satu stesen yang lain. Perarakan ini akan berakhir agak lewat menjelang 12tgh mlm sehingga jam 1pgi.

Untuk melengkapkan perkongsian Chap Goh Mei, tahun ini saya telah membawa beberapa rakan untuk merasai kemeriahan sebenar suasana acara ini. Kami hanya bertolak dari rumah sekitar jam 9mlm. 

Kami terus menuju ke Stesen ke2 hentian perarakan yang terletak di simpang masuk perumahan Lazenda Villa 3. Walaupuan barisan perarakan belum tiba di lokasi, tetapi sudah kelihatan banyak kenderaan yang parking di tepi jalan utama dan berjalan kaki masuk ke Stesen. Jarak jalan utama ke Stesen 2 adalah lebih kurang 400 meter ke dalam. Agak degil, kami memandu masuk dan boleh tahan jammed dan tiada parking. Akhirnya terpaksa parking agak jauh dan berjalan kaki menuju ke Stesen. Stesen 2 ini dibina di atas padang bola kampung. Oleh kerana pada sebelah siang tadi hujan, keadaan padang memang becak. Nasib kami sudah sedia pakai selipar so tidak kisahlah kalau kotor. 

First stop di Stesen 2 - Chap Goh Mei 

Sudah ramai pengunjung berkumpul di Stesen 2
Babi Panggang
Antara lain ketam, udang & ayam
Dari jauh ada timbunan telur merah
Kek Singa
Lagi satu kek Singa
Cup Cake Naga
Hiasan kuaci, nut dan buah-buahan
Ukiran buah-buahan dan agar-agar


Semua makanan yang dihias cantik di atas ini adalah tersusun kemas di atas meja sembahyang yang memanjang. 


Rakan-rakan saya yang turut memeriahkan acara
Para pengunjung yang mengerumuni meja sembahyang

Tidak lama kemudian, bilangan pengunjung bertambah ramai. Ini menandakan barisan yang ditunggu-tunggu akan tiba di stesen seketika lagi.

Barisan perarakan bendera, tanglung, gendang, gong

Kanak-kanak pembawa tanglung

Barisan pembawa gong

Barisan pembawa Dewa atas tandu






Tujuan utama keseluruhan perarakan ini adalah untuk membawa Dewa-Dewa dari 3 Tokong di kampung ini untuk mengelilingi hampir keseluruhan kawasan kampung ini dan secara tidak langsung memberikan keberkatan kepada semua penghuni kampung. Ketika berarak masuk, mereka akan disambut dengan tarian singa dan tarian naga di pintu masuk, semua barisan perarakan ini kemudiannya membuat tiga kali keliling meja sembahyang.  

Tarian Naga menjadi penyambut barisan perarakan 

Dewa-Dewa yang dibawa di atas tandu



Pembakaran kertas emas untuk Dewa-Dewa dijalankan

Sementara perarakan berhenti rehat di stesen. semua pengunjung disajikan dengan persembahan Tarian Singa yang menarik. 




Selesai sahaja persembahan tarian singa, para pengunjung mula beredar untuk menuju ke Stesen 3 yang terletak kira-kira 1.2KM dari sini. Boleh tahan juga jammed, kira-kira 15 minit baru dapat keluar dari sini. Memang kena banyak bersabar. 

Menyusuri masuk ke Lorong SK18, Kg Sungai Keling di mana tempat rumah lama saya. Parking kereta di halaman rumah seterusnya berjalan kaki sahaja ke Stesen 4 dalam 100meter. Ketika sampai di Stesen 4, masih tidak ramai orang sebab rata-rata pengunjung sedang menuju ke Stesen 3 yang terletak 300meter dari sini. Meja sembahyang Stesen 4 ini dibuat di atas padang bola keranjang. Tidak jauh di atas bukit terdapat sebuah Tokong kecil.

Sekitar Stesen 4

Mendekati Stesen 4
Pembakaran Colok Besar
Pelbagai jenis colok
Nenas dari lipatan kertas
Apam besar

Sebakul Ketam
Babi mentah yang diawet



Udang Besar
Udang Galah Besar
Kek hiasan
Bendera ini bertulis
"Acara perarakan Dewa"

Semua makanan-makanan yang dihidangkan di atas meja sembahyang adalah hasil sumbangan daripada individu atau sekumpulan individu dari penduduk kampung. Setelah selesai majlis, makanan-makanan akan diagih-agihkan sesama individu penyumbang. 

Tidak lama di Stesen 4 yang masih kurang ramai pengunjung. Kami berjalan kaki ke Stesen 3. Seperti stesen sebelumnya, para pengunjung tadi lebih awal sudah memenuhi ruang di stesen ini. 

Stesen 3 - Chap Goh Mei

Jalan masuk ke Stesen 3
Pengunjung yang sangat ramai
Ayam & Telur Ayam diwarna emas (dalam bakul)
Udang besar yang tersusun rapi dan cantik

Kuda ini dihias dengan bijirin termasuk
kacang merah (tapak kuda), kacang kuning (badan kuda)
dan biji sagu (tapak hiasan)
Hiasan dari bijirin
Segunung Mee Sua
Kapal 
Nenes daripada gula-gula lembut

Kek lagi... Kreatif kan???
Meja sembahyang (pandangan belakang)
Meja Sembahyang (Pandangan depan)

Tidak lama kemudian, tarian singa mula bergendang dan ini menandakan barisan perarakan sudah tiba. 

Dengan pencahayaan yang lebih terang di sini, akhirnya dapat saya mengambil gambar keseluruhan barisan perarakan ini. Ketibaan barisan perarakan sekali lagi dengan pembawa bendera di hadapan diikut dengan kanak-kanak pembawa tanglung seterusnya pembawa gendangan dan gong dan penghujungnya barisan pembawa Dewa di atas tandu. Suasana turut diserikan dengan letupan mercun yang berderet-derat panjangnya (kira-kira ada 15 minit) diiringi dengan ratusan das bunga api di udara. 

Pembawa bendera mula masuk dan mengelilingi meja sembahyang

Para pemukul gendang dan gong
terdiri daripada anak-anak muda

Ini adalah barisan akhir perarakan, para pembawa Dewa di atas tandu. Ketika mereka sedang mengeliling meja sembahyang, kedengaran suara-suara orang teriak "Huat ah! Huat ah!" yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat Dewa tersebut.








Sekali lagi barisan perarakan berhenti rehat, kami mula beredar balik supaya tidak tersekat dalam kesesakan. Kelihatan pasukan tarian singa dan tarian naga mula mengelilingi meja sembahyang sebelum meneruskan persembahan khas. Letupan mercun dan bunga api masih terus menggamatkan suasana. 


(Semoga acara Pesta Chap Goh Mei yang saya kongsikan ini memberikan anda sedikit pengetahuan berkenaan dengan tradisi turun-temurun masyarakat cina di Labuan sejak lebih 30 tahun lepas. Saya berharap acara ini boleh dimasukkan ke dalam kalender pelancongan Labuan kerana saya tidak lihat negeri lain di Malaysia mempunyai acara sama seperti ini.) 










1 comment:

  1. So pity I can not join this year. Thank you for sharing.

    ReplyDelete