4 Mei 2013
Bangun seawal jam 5.30pg dan bersedia untuk pergi menunggu bas di perhentian terdekat dengan Warm Blanket Hostel, Taman Bukit Indah untuk pergi ke Singapore. 5minit berjalan kaki akhirnya sampai di bustop walaupun suasana masih gelap.
Untuk pergi ke Singapore, kami menaiki bas Causeway Link bernombor 3 atau 6. Perjalanan bas ini akan melalui Malaysia Singapore Second Link Expressway dan berhenti di MRT Jurang East, Singapore. Tambang dari Malaysia adalah RM5 sehala.
Tempoh perjalanan kira-kira 45minit kerana bergantung dengan keadaan trafik dan keramaian orang yang memasuki Singapore. Oleh kerana masih awal pagi, kesesakan tidaklah begitu ketara.
Kami sampai ke MRT Jurang East sekitar jam 7.15am. Ini adalah kali pertama saya ke luar negara dan memang langsung tidak familiar dengan Singapore. Berlegar-legar di Jurang East dalam 15minit, akhirnya kami mengambil keputusan untuk mendapat bantuan dari kaunter pertanyaan tiket MRT.
Cube Capital Mall Tidak jauh dari MRT Jurang East |
Secara ringkas kami dijelaskan seperti berikut:
1) Jurang East naik MRT ke NE3 - Outram Park (tambang SGD2.00)
2) Ambil North East line terus ke Habour City (tambang SGD1.30)
3) Stesen Habour City terletak di VivoCity Mall, naik ke tingkat 3 sambung naik monorail
Tiket MRT |
Vivo City |
Taman di tingkat 3 Vivo City |
Pemandangan Waterfront Sentosa dari Vivo City |
Ada cable car |
Tiket monorail masuk ke Sentosa Island SGD3.50 (return) |
Dalam tren monorail 4 destinasi dalam Sentosa Island Sentosa Station, Waterfront Station, Imbiah Station dan Beach Station |
Sampai di Waterfront Station |
Round-round sekitar Waterfront Sentosa
Ready untuk masuk ke Universal Studios
Revenge of the Mummy |
Rollercoaster Human vs Cyclone |
National Treasure |
Waterworld Sini ada live performance |
Ready for waterworld performance |
Lunch Malaysian Delight SGD12.50 |
Free voucher SGD10.00 masa beli tiket online |
Sesame Streets |
Live transformer Optimus Prime & Bumble Bee |
Hollywood Theatre Live Monster Rock |
Oleh kerana hari ini adalah hari Sabtu, Universal Studios turut mengadakan pameran kereta berhias bersama dengan karaktor-karaktor kartun dan lain-lain.
Sebenarnya, jam 8pm turut ada persembahan bunga api tetapi kami tidak tunggu dan keluar dari USS sekitar jam 6ptg. Susah ramai pengunjung berbaris menunggu monorail. Hampir setengah jam jua kami berbaris barulah dapat giliran naik monorail.
Singgah sebentar di McDonald Vivo City tapau burger (saja menghabiskan baki duit). Baru naik MRT balik semula ke Jurang East untuk mengambil bas balik ke Johor.
Awesome journey! Look forward for the journey myself with Bebeh! Hahaha...
ReplyDeleteNapa xda mentioned kami tu sapa? Kasi show la gamabar 'kami' tu...
ReplyDelete