30 November 2013
Kota Kinabalu selalu menjadi transit atau hub untuk penerbangan Airasia bagi destinasi antarabangsa. Maklumlah, lapangan terbang Labuan hanya menghubungkan destinasi Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Miri.
Kami bertolak dari Labuan dengan menaiki Feri Express Rajawali ke Menumbok seterusnya memandu dari Menumbok ke KK. Kami tiba di KK dalam tengahari. Sampai saja di KK, perkara pertama tukar duit Indonesia Rupiah (IDR). Hari itu kami dapat pertukaran dalam RM281 untuk setiap IDR1 Juta. Saya hanya tukar sekitar IDR2.5 Juta.
Macam biasa, kelaparan sudah kami, so lunch di restoran favourite iaitu Upperstar Suria Sabah untuk mengisi perut. Sementara mengisi masa terluang, kami lepak di Suria Sabah sehingga kira-kira jam 3 baru la bersedia untuk ke KKIA Terminal 2.
Airbus Indonesia Airasia |
Jadual flight kami adalah pada pukul 5.45pm. Flight Airasia QZ833 yang kami naiki mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai sekitar jam 8.15pm. Tiada perbezaan waktu Bali dengan Malaysia.
Ini signboard kastam yang sempat dirakam |
Ini adalah lapangan terbang baru Bali. Apabila turun dari kapal, ada sudah bus menunggu untuk menghantar penumpang ke pintu ketibaan. Cantik dan luas betul airport ini. Kami berbaris panjang untuk pengesahan imigresen.
Sepanjang trip kami ke Bali, kami telah lebih awal menempah sebuah van dengan pemandu untuk 4 hari 3 mlm. Perkhidmatan ini merangkumi pengambilan dari airport ke hotel pada hari ketibaan dan hotel ke airport pada hari pelepasan serta 2 hari perjalanan penuh ke lokasi-lokasi yang kami ingin lawati. Jumlah kos sewa kami adalah sebanyak IDR1.5juta (bersamaan RM450). Dipuratakan seorang kami hanya membayar RM90. Kereta sewa kami adalah sebuah van yang boleh memuatkan maksimum 11 orang.
Keluar saja dari pintu ketibaan, kami mencari-cari pemandu yang telah kami tempah. Ternyata dia (nama panggilan "Pak Mul") sudah menunggu kami dengan sekeping kertas tertera nama saya.
Bertanya-tanya maklumat pasal Bali dengan Pak Mul sambil menyatakan rancangan lokasi lawatan kami. Pak Mul turut memberikan cadangan beliau bagi kemudahan perjalanan kami. Kami setuju saja sebab dia lebih arif tentang lokasi dan perjalanan yang lebih menyenangkan.
Kami memilih untuk menginap di Tune Hotels Kuta terletak di tengah-tengah Kuta Square. Sewa bilik yang kami dapat sangat murah, untuk 3 mlm single room RM133 manakala double room dalam RM203. Sangat berbaloi.
Tune Hotel Kuta, Bali |
Selepas meletak barang di bilik, kami pun keluar berjalan-jalan. Pertama cari kedai handphone untuk beli sim kad dan subscribe internet then share ramai-ramai. Selesai itu, perkara pertama share sama kawan-kawan group whatsapp dan check in dalam FB yang kami sudah di Bali.
Sambil-sambil berjalan mencari kedai makan, sempatlah ambil gambar.
Maybank join dengan Bank International Indonesia |
Ayam dan itik panggang... Nyamannya ku tengok |
Akhirnya kami memilih untuk singgah makan malam di Cak Kandar Madura.
Di sini kami dinner |
Ala-ala 7 Eleven |
Selepas makan malam, sempat juga singgah-singgah kedai-kedai souvenir dana member sedikit makanan (bun dan minuman) untuk sarapan esok pagi. Kedai-kedai biasa di sini tutup sekitar jam 10mlm. Lepas tu balik bilik berehat untuk meneruskan perjalanan esok.
1 Disember 2013
Bangun seawal jam 6.30pagi, kami turun berjalan-jalan di sekitar Kuta Square. Rupanya tidak jauh dalam 300meter boleh sudah sampai ke pantai Kuta. Seawal pagi sudah ramai orang di tepi pantai sebab weekend.
Angels Hotel, Kuta Terletak di bersebelahan dengan Tune Hotels |
Pintu Gerbang Pantai Kuta |
World AIDS Day di Pantai Kuta |
Pantai Kuta berombak walaupun tiada angin |
Hard Rock Cafe Bali |
Kami memulakan perjalanan dari Kuta menuju ke Jambe Budaya. Dalam perjalanan kami sempat singgah ke sebuah kedai membuat batik.
Tekun mewarna corak batik |
Ini antara tempat-tempat yang kami kunjungi sepanjang hari.
Jambe Budaya atau "Anjung Budaya" |
Tarian Barong berasal dari khazanah kebudayaan Pra-Hindu. Tarian ini menggambarkan pertarungan antara kebajikan (dharma) dan kebatilan (adharma).
Tarian Barong Tiket masuk seorang IDR100,000 Durasi persembahan dalam 45 minit |
Ini dia Barong |
Pemuzik persembahan Tarian Barong |
Majoriti penduduk di Bali adalah beragama Hindu. Oleh itu, kelihatan sangat banyak kuil di sini dengan rekaan yang unik.
Di depan Kuil Pura Puseh Semua pengunjung wajib memakai kain/sarung untuk masuk melawat ke dalam kuil |
Salah satu reka bentuk dalam Kuil |
Kuil Pura Puseh - Batuan |
Pemandangan luar Kuil Pura Puseh |
Selesai dari Kuil Pura Puseh, kami sempat dibawa mengunjungi salah sebuah kedai menjual barangan buatan silver. Kemudian baru kami dibawa untuk makan tengahari di Kintamani Restaurant. Di tengah perjalanan, Restoran ini berada di atas bukit dan cuaca berkabus serta sejuk. Dari Kintamani, kami sepatutnya boleh melihat pemandangan Gunung Batur, oleh kerana kabus yang tebal, bayangan gunung langsung tidak kelihatan.
Buffet lunch (halal) di Kintamani Restaurant Harga IDR80,000 seorang |
Mee, nasi, ayam, sayur goreng, popiah |
Sup Tomato |
Popiah, bayam goreng (ranggup), tauhu, ikan sos |
Pulut Labu Kuning dengan kelapa parut |
Selepas mengisi perut dan kami berehat sambil lepak-lepak menikmati udara sejuk dan segar.
Semasa kami masuk ke dalam van, kami semua diserang oleh para penjual souvenir yang agresif. Pak Mul hanya memesan kepada kami untuk ignore mereka semua.
Kami menyambung perjalanan petang itu dengan singgah OKA Agriculture Bali. Antara yang menarik di sini ialah Kopi Luwak, Kopi Bali, Koko Bali, Herba dan lain-lain.
Memanggang biji kopi |
Kopi Luwak terhasil dari najis musang |
Cara membancuh Kopi Luwak Harga satu gelas IDR50,000 |
Luawak @ musang sedang tidu |
Sambung lagi ke Hot Spring Water Temple. Tiket masuk IDR10,000 seorang.
Pengunjung yang mandi air panas |
Kolam air panas |
Upacara keagamaan sedang berlangsung |
Kolam Ikan di Hot Spring Water Temple |
Agak lama kami berada di Hot Spring Water Temple sebab jauh jalan keluar ke tempat parking sambil menyusur gerai-gerai jualan yang sangat.
Kemudiannya, perjalanan kami sampai ke Ubud . Sini letaknya teres sawah padi yang cantik dan unik.
Teres Sawah Padi TEGALALANG |
Pemandangan Luas Teres Sawah Padi Tegalalang |
Menjelang petang, kami dihantar balik ke hotel tetapi di pertengahan jalan, Pak Mul singgahkan kami di sebuah kedai yang menjual pelbagai souvenir yang murah. Lama juga kawan-kawanku membeli-belah di sini. Sambil menunggu mereka, sempatlah singgah di sebuah gerai menjual terang bulan di sebelah kedai.
Gerai menjual pelbagai terang bulang |
2 Disember 2013
Hari ketiga di Bali, kami breakfast dulu di KFC sebelum meneruskan kunjungan.
KFC breakfast meal |
Beberapa menarik yang dikunjungi termasuklah:
Taman Ayun Bali
Kuil Taman Ayun |
Pemandangan Kuil Taman Ayun dari menara tinggi |
Candi Kuning, Tabanan Bali
Pengumuman yang harus dipatuhi untuk memasuki lokasi Taman |
Puru Ulun Danu Brantan, Kuil tepi tasik |
Tanah Lot
Sunset di Pura Batu Bolong, Tanah Lot |
Selesai dari Tanah Lot, kami tiba di hotel dalam jam 8mlm. Terus sambung mencari makan malam. Akhirnya setelah berjalanan jauh di sekitar kawasan pantai Kuta, kami pilih untuk dinner di Domino Pizza.
3 Disember 2013
Hari terakhir, free and easy. Flight kami adalah jam 2.55petang. Semalam sudah pesan dengan Pak Mul untuk menghantar kami ke Airport sekitar jam 12tghr.
Maka, aktiviti sepanjang pagi ialah round habis Kuta Square sejauh yang boleh. Last-last jumpa Tugu Peringatan Peristiwa Pengemboman di Bali tahun 2005.
Tugu Peringatan Pengeboman |
Sarapan lagi di KFC |
Selesai sudah sesi menghabiskan baki-baki duit. Kami mengemas dan check out bilik jam 11pgi. (polisi check out Tune Hotels).
Ready to airport.
Datang dengan sorang satu bag Balik dengan sorang 2 bag kecuali saya |
Sampai di airport, check in luggage ke dalam kargo. Membuat pembayaran airport tax IDR150,000 seorang terus masuk untuk imigresen clearance.
Reka bentuk airport Bali |
Tempat parking kapal |
Cantik pintu masuk tandas airport |
QZ932 ke Kota Kinabalu |
Nasi Kuning Manada Only in Indonesia Flight |
Penerbangan 2jam 30minit membawa kami sampai ke KKIA Terminal 2 kira-kira 5.30petang.
(kami semua bercadang untuk datang semua ke Bali untuk jangka masa kunjungan yang lebih panjang seperti 6hari 5mlm atau 8hari 7mlm, dan tinggal di lokasi-lokasi yang berbeza selain di Kuta)
No comments:
Post a Comment