3 Mei 2013
Seawal pagi tiba di Legoland dengan menaiki pakej kenderaan dari hostel Warm Blanket yang terletak di Bukit Indah. Perjalanan dari Bukit Indah ke sini mengambil masa kira-kira 10minit. Harga pakej pengangkutan yang ditawarkan ialah RM33 (return). Kira murah share untuk 2 orang, tidak perlu susah-susah cari teksi. Bila habis and mahu pulang baru call minta ambil. Sangat fleksibel.
Teruja juga!!! First time sampai ke Johor dan Legoland adalah lokasi pertama yang dikunjungi. Legoland telah dibuka sejak setahun yang lepas. Terus proceed ke kaunter beli tiket masuk. Waktu operasi bermula dari jam 10pagi. Keadaan adalah tidak sesak kerana hari ini adalah hari Jumaat dan bukan hari pelepasan awam.
Pintu gerbang Legoland |
Kaunter tiket Legoland |
Yeah ini tiket saya |
Jangan terkejut kenapa tiket saya murah hanya RM65 sahaja sebab kawan sorang staff Maybank Legoland ada harga promo untuk staff Maybank |
Miniature bangunan terkenal di Malaysia dan beberapa negara di Asia.
Siap round-round kesemua miniature bangunan. Sambung naik keretapi lego dan bermain dengan games yang disediakan di dalam theme park ini.
Baby care centre |
Menara Lego Konsep ala-ala Menara Taming Sari di Melaka |
Pemandangan Bangunan Kingdom dari Menara Lego |
Lagi pemandangan dari Menara Lego |
Pemandangan sisi lain pula |
Oleh kerana hujan pada sebelah tengahari. Semua aktiviti luar termasuk rollercoaster dihentikan seketika. Kami pun sambung layan aktiviti indoor.
Buat bangunan sendiri Seterusnya uji daya tahan terhadap gegaran |
Di sini juga ada panggung untuk movie 4D Not Bad!!! |
Lain-lain susunan arca Lego.
Aktiviti lain yang dibuat selain indoor and outdoor games.
Simple lunch |
Shopping barang-barang Lego Habis juga RM300 lebih termasuk beli souvenir untuk kawan-kawan dan diri sendiri |
Sekitar jam 4.30ptg, terasa penat sudah berjalan dan bermain dengan games yang ada. Terus call minta ambil sekitar jam 5 lebih.
Semasa datang ke Legoland, water theme park masih under construction dan belum dibuka untuk awam. Hotel Legoland juga masih dalam proses pembinaan.
Jom kita pegi Legoland lagi. Sambung USS jo!
ReplyDelete