13 June 2013
Seperti biasa Airasia sekali lagi membawa kami ke Pulau Pinang melalui KKIA Terminal 2.
|
KKIA T2 |
|
Pemandangan Penang dari atas kapal |
|
Penang International Airport |
|
Selamat Datang di bulatan keluar dari Airport |
|
Di atas Jambatan Pulau Pinang 1 |
Kami telah dibawa ke Seberang Perai untuk makan petang di Nasi Kandar Pelita.
|
Nasi Kandar Pelita |
|
Char Kuew Tiaw Basah |
|
Teh Tarik Ais |
|
Char Kuew Tiaw Kering |
Oleh kerana ribut melanda pada malam itu, banyak pokok-pokok di sekitar bandar Pulau Pinang tumbang dan menghalang lalu lintas. Dengan keadaan lalu lintas yang sangat sesak, kami mengambil keputusan untuk singgah di Queenbay Mall.
|
Kedai ini menarik perhatian saya ketika di Queenbay Mall |
Malam pertama di Pulau Pinang, kami telah memilih untuk bermalam di Batu Feringgih. Kami hanya tiba di sana lewat jam 11mlm. Banyak gerai-gerai malam telahpun tutup lebih awal disebabkan oleh ribut kencang.
Ini sahaja yang sempat saya gambar dari gerai-gerai di Batu Ferringhi.
Kami telah membuat tempahan lebih awal melalui agoda.com untuk bermalam satu malam di Lazy Boys Budget Guest House. Harga untuk dormitory adalah RM30 seorang manakala bilik superior double adalah RM78.
14 Jun 2013
Bangun seawal pagi, kami berjalan ke tepi pantai Batu Ferringhi yang terletak kira-kira 200 meter dari guest house.
Kami check out kira-kira jam 9 pagi dan mencari sarapan di gerai-gerai sekitar sini. Tujuan utama kami memilih untuk bermalam di sini adalah untuk sampai ke Hard Rock Cafe Penang dengan lebih dekat dan mudah.
Selepas selesai membeli souvenir di Hard Rock Cafe Penang, kami meneruskan perjalanan kami untuk ke beberapa lokasi menarik dan mencari makanan-makanan sedap di sini.
|
Satu satu insiden pokok tumbang akibat ribut |
Kami berhenti rehat untuk pekena Gani Famous Pasembur yang terletak di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Georgetown.
|
Mencuba Pasembur |
|
Sepinggan Pasembur ini berharga sekitar RM60 sebab ada ambil seafood udang dan sotong |
|
Cendol Kacang |
|
Lai Chi Kang |
Tidak jauh dari lokasi kami pekena pasembur, kami berjalan kaki singgah melawat ke Fort Cornwallis.
Sekitar jam 3 petang kami beredar untuk ke guest house tempahan yang terletak di 55, Love Lane.
Guest house ini ialah Red Inn. Dormitory adalah berharga RM30 seorang manakala standard double room berhaga RM80 (muat untuk 2orang).
|
Bilik Dorm 4 orang |
Sekitar jam 5 petang, kami memulakan aktiviti kami untuk meninjau sekitar Love Lane sambil mencari Mural Art yang dilukis. Mural Art ini adalah sebahagian daripada George Town Festival 2012.
Ini adalah antara 2 mural yang sempat kami jumpa pada hari pertama di Love Lane.
|
Little Girl In Blue |
|
The Awaiting Trishaw Paddler |
Ini adalah antara lain yang menarik dan sempat digambar termasuk Wire Art.
Wire Arts
Selepas penat meninjau sebahagian daripada hasil-hasil seni di Love Lane, kami mula terasa kelaparan. Malam ini kami telah memilih untuk ke Plaza Gurney dan mencari makanan di Gurney Drive Hawker Centre.
|
Laksa Penang |
|
Omelette Seafood |
|
Char Kuew Tiaw |
|
ABC & Lai Chi Kang |
15 June 2013
Hari ke-3 di Pulau Pinang. Red Inn Hostel menyediakan kami sarapan yang simple. Sempat kami lepak-lepak di ruang tamu hostel ini sambil bermain gitar dan menyanyi sementara sarapan disediakan oleh pekerja hostel.
Selesai mengisi perut, kami menyambung aktiviti semalam untuk terus mencari Mural Art yang masih belum dijumpa. Dalam kami tercari-cari Mural art, tetapi Wire art pula yang banyak kami jumpa.
Akhirnya kami berjaya mencari Mural yang lain.
|
Boy on a bike |
|
Reaching up |
|
Children on the Swing |
|
Children Playing Basketball |
Ini antara lain yang kami sempat jumpa di sekitar Love Lane.
|
Dimsum RM1.80 untuk 3 biji |
Dari Love Lane, kami sekali lagi berpindah tempat tinggal untuk malam ketiga. Kali ini kami menginap di Condominium Persiaran Gurney.
Ini adalah antara makanan yang terdapat di Plaza Gurney.
No 1 Persiaran Gurney Condominium.
|
Bilik twin sharing |
|
Pemandangan dari tingkap |
|
Pemandangan laut dari condo |
Sambung perjalanan ke Penang Hill sekitar jam 4 petang.
|
Pemandang Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera |
Di Bukit Bendara saya sempat berkunjung ke Muzium Burung Hantu yang mempamerkan pelbagai barang buatan berkonsepkan Burung Hantu dari seluruh pelusuk dunia. Tiket masuk adalah RM10 seorang dewasa.
|
Sempat lepak makan ABC buah di cafe dekat dengan muzium |
Malam terakhir di Pulau Pinang, kami sekali lepak makan malam di Gurney Drive Hawker Centre untuk makan malam.
Antara makanan nyaman semalam telah diulang order dengan makanan sampingan yang lain.
|
Laksa Penang |
|
Oyster Omelette |
|
Mua Chi |
|
Che Cheong Fun |
|
Lok Lok |
|
Ikan Pari panggang |
|
Kerang panggang |
|
Char Kueh Tiaw |
|
Air Kelapa |
|
Kon Lo Mee Wantan |
|
Ini suasana di Gurney Drive Hawker Centre |
18 Jun 2013
Hari terakhir, pagi kami buat sarapan sendiri di condo. Selepas itu kami check out untuk mencari jeruk buah.
|
Jeruk buah Salak |
|
Jeruk buah Anggur |
Sambil-sambil kami berpusing mencari jeruk buah, kami jumpa Penang Road Famous Teochew Chendul. Sangat sedap! sehingga ramai orang sanggup beli dan berdiri makan cendol.
Bersebelahan dengan gerai cendol, terdapat sebuah kedai makan yang ada Char Kueh Tiaw yang sangat ramai penggunjung. Pada mula saya kira mahu bungkus balik satu Char Kueh Tiaw tetapi masa menunggu adalah 50 minit, saya terpaksa batalkan.
Perkara yang meninggalkan kesan paling mendalam sepanjang kunjungan ke Pulau Pinang adalah berkaitan dengan makanannya yang sedap dan murah.